Posts

Showing posts from April, 2010

Perjuanganku Tidak Akan Berakhir

Bismillahi walhamdulillah

Sudah 13 Jamadil Awal bersamaan 27 April 2010.

Hari ini juga merupakan ulang tahun ke-24 buat sahabat seperjuangan, Nur Maziah Omar. Lama sungguh aku tak bertemu dengan Maziah, doa dipanjatkan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik, keimanan yang tinggi dan terus thabat atas jalan perjuangan ini, insya-Allah.

Sudah hampir 2 minggu aku berada di rumah, secara rasminya bergelar 'suri rumah' tak bertauliah, huhu..hendak bergerak ke sana ke mari pun sudah terbatas, maklumlah diri ini masih di bawah tanggungjawab walidain, perlu minta keizinan jika mahu ke mana-mana.

Sewaktu bergelar mahasiswa dahulu, acap kali aku mendengar kisah senior-seniorku yang susah untuk keluar berdakwah atas pelbagai asbab mungkin; kekangan famili, kondisi pekerjaan yang membataskan, faktor kewangan, faktor pasangan yang tidak memahami dan mungkin ada faktor lain lagi. Aku sering terfikir, adakah aku juga akan mengalami situasi seperti mereka? Bagaimana dapat aku atasi segala ke…

A Time With Juliana's (^_^)

Image
Abah & Ecah; Subhanallah, indahnya pemandangan kat sini..

Telok Cempedak; I'll miss this beautiful place..

Masjid As-Syakirin, Temerloh; Jama' Taqdim Zuhur & Asar prayer

Fatimah, Mak & Me =)

Temerloh, nice right?

Aqil Si Hembem, hehe..

Take a snap in front of Lost of World's map

Abah & Mak..lalala~

Main entrance; tak pernah mimpi nak dtg sini pun, huhu..

Amik gambar utk kenang-kenangan, bolehla..

Aisyah, Me & Aqil with safety jacket, teruja jugakla 3 beradik ni, hehe..

~Kuantan in Memory~


Kerajaan Bersekongkol Dengan Israel?

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah. [2:120]

Astaghfirullahal'azim...

Aku memohon perlindungan kepada Rabbul Jalil...

Ampunkan dosa-dosaku dan dosa sekalian umat Islam di Malaysia khususnya.

Aku amat takut sekali apabila membaca berita dan isu panas yang berlaku akhir-akhir ini. Kerajaan bersekongkol dengan Israel laknatullah? Astaghfirullahal'azim!

Isu Apco dan perisik Israel dalam institusi polis membuatkan jantungku seakan berhenti berdenyut. Seakan Malaysia ini sudah berada di hadapan mulut harimau, menanti sahaja untuk dibaham!

Allahu Akbar! Aku sangat takut akan kemurkaan-Mu wahai Tuhan. Aku tidak rela tanah airku dijejak oleh manusia yang bertopengkan syaitan itu wahai Tuhan..Rak…

Kita Hanya Hamba

Kita hanya hamba
Tak punya kuasa
Tak punya upaya
Tak punya apa-apa

Tetapi
Kita selalu lupa
Kita selalu leka
Kadang-kadang kita sampai derhaka

Sering sekali
Kita membanding-bandingkan kecantikan, kesihatan, kekayaan dan hal-hal duniawi dengan manusia yang lain
Kita selalu sahaja rasa tak cukup
Kita selalu sahaja merungut
Kita selalu sahaja ingin lebih daripada orang lain

Tak pernahkah kita sedar?
Kita ini tiada apa-apa
Kita ini hanya hamba
Kita ini asalnya dari setitis air yang hina

Wahai Tuhan Yang Maha Kaya
Wahai Tuhan Yang Punya Segala
Kami kembali kepada-Mu
Kami merayu, meminta kepada-Mu
Ampunkanlah segala dosa kami
Kerana kami hanya punya Engkau wahai Tuhan
Pemilik kami
Pemilik segala-galanya

Kerana kami sedar
Kami hanya hamba...

Apresiasi Buat Enigma

Image
Inilah buah hati-buah hati saya yang akan saya tinggalkan tidak berapa lama lagi..

.:Yati-Shidah-Afzan-Khai-Mahani-Umme-Aida-Nad:.

Mengenali mereka sangat dan amat menggembirakan saya. Kami datang daripada pelbagai latar belakang, kursus yang berlainan, sikap, pandangan dan juga cara yang berbeza.

Tetapi atas dasar SATU AQIDAH, ikatan persahabatan yang tumbuh mekar ini dirasakan amat indah sekali, Alhamdulillah..

Saya menggelarkan diri saya 'mak' dan mereka adalah 'anak-anak' saya (^_^)

Terasa berbunga-bunga di hati ini tiap kali pertemuan mingguan kami diatur. Rasa rindu jika setiap minggu tidak berjumpa..

Anak-anak saya ini hebat semuanya! Bijak menyatakan pandangan, petah dalam berhujah, peka dengan isu semasa, matang, dan bagi saya mereka telah memiliki minda seorang pimpinan dan negarawan =) dan tidak salah jika saya menyatakan bahawa anak-anak saya bakal menjadi 'orang penting' negara pada satu hari nanti, insya-Allah!


.:Dedicated To My Love Enigma:.
There is no …

Seminggu Yang Bersisa...

Image
Masih terngiang-ngiang di telingaku akan bait-bait lagu ini,

We'll gain excellence in every field
That's the vow we keep
So let us pray may we'll always succeed

We are the leaders of the ummah
Towards achieving global excellence
With progressiveness and dynamism
We'll realize the mission

Ya, di sinilah langkahku bermula. Di Taman Ilmu dan Budi ini. Aku belajar erti sebuah persahabatan, erti kesusahan dalam menuntut ilmu, erti sebuah kematangan dalam perhubungan, erti mengurus organisasi dan hati-hati manusia, erti menilai kebaikan dan keburukan, erti memberi dengan kasih sayang, erti berjihad dan berkorban, erti ukhuwwah atas satu aqidah dan erti menjadi seorang muslim yang bukan biasa-biasa..

Jika ku bisa merakamkannya dengan tulisan, tidak cukup rasanya tinta dakwat untuk menulis segala ilmu yang ku perolehi di sini. Sungguh, akan ku pergunakan segala ilmu yang ku perolehi ini dalam alam kerjayaku nanti, insya-Allah..

Seminggu yang berbisa..ruang hati ini terasa sempit seka…