Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Usrati Habibati

Menghampiri Minggu Ke-39; Sebuah Perjalanan Kehamilan

Bismillahi walhamdulillah, Ada perasaan tidak percaya apabila dapat berblog kembali! Mood swing agaknya ni :) Alhamdulillah atas segala nikmat dan saya beristighfar atas segala dosa.. Hari Jumaat yang mulia, dalam penghujung kehamilan minggu ke-38 kepada bakal mujahid inshaaAllah. Edema di kaki sudah kelihatan sejak minggu ke-36 lepas, bertepatan dengan hari umat Islam menyambut kemenangan di bulan Syawal. Walaupun begitu, alhamdulillah saya teramat bersyukur kerana Allah memudahkan perjalanan kehamilan ketiga ini :) Masih segar di ingatan apabila mendapat tahu diri ini hamil zuriat ketiga. Walaupun masih awal daripada perancangan kami suami isteri, tetapi perancangan Allah jauh lebih baik bukan? Saya hamil dalam fasa membimbing batch pertama anak-anak didik bakal berdepan dengan SPM, tahun pertama memegang amanah mengajar kelas peperiksaan dengan dua subjek yang agak berat dan tahun pertama menyesuaikan diri di sekolah dan persekitaran yang baru. Kesibukan di sekola...

Saya Sudah Kembali!

Bismillahi walhamdulillah Lama nya saya meninggalkan dunia blog. Saya melihat tarikh akhir blog saya bernyawa ialah pada 3 Disember 2015! Hampir 2 tahun saya membiarkannya dan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Saya baru-baru ini ter tengok satu drama sinetron Indonesia. Haha kaki drama juga saya ni ya :p. Ada satu dialog yang walaupun bersifat santai tetapi ianya amat bermakna buat saya. Seorang wanita sedang kesedihan kerana baru berpisah dengan suaminya. Dia ditegur oleh seorang pakcik yang menasihatinya dengan kata-kata ini; "hidup ini singkat wahai anak..nikmati hidup dengan gembira kerana hidup hanya sekali sahaja.." Ya, hidup hanya sekali. Hanya sementara. Perasaan sedih, kecewa dan bersifat negatif itu pasti akan singgah dalam hidup kita tetapi bagaimana kita mengawal emosi dan bangkit semula daripada kesedihan dan kegagalan itu adalah paling utama. Jangan biarkan kesedihan membelenggu diri hingga segala pekerjaan terabai. Kita ada Allah y...

Adinda Umar Sudah Bertemu Jodohnya

Bismillahi walhamdulillah Rehat yang panjang daripada menulis. Maafkan aku wahai blog, FB dan insta masih mendahului tika ini. Aku lebih suka merakam memori di blog, umpama mencoret di lembar kertas..FB dan insta pula untuk aku update berita terkini dan melihat perkembangan rakan-rakan. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi. Biar pun badai melanda keluarga kami, namun doa yang tidak putus daripada semua pihak akhirnya dimakbulkan Allah. Begitu hebat kuasa DOA! Alhamdulillah, dalam setiap musibah yang berat pada awalnya, telah dileraikan satu-persatu oleh Yang Maha Pengasih. Kegembiraan demi kegembiraan dikurniakan kepada kami sekeluarga, maka nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan? Selamat datang ahli keluarga baru, anakanda Ziyyad Abdul Haq bin Mohd Shafiq pada 31 Julai 2015, 8.03 pagi. Anakanda kepada Masyitah, adikku yang keempat. Kehadiran orang baru begitu dirai dan mendamaikan setiap jiwa yang memandang. Begitulah lahirnya seorang insan, suci bersih...

Satu Tahun

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah oksigen masih bisa dihela, karbon dioksida masih bisa dihembus, dengan izinNya. Alhamdulillah semoga mati kita di dalam Iman dan Islam serta mati di dalam perjuangan menegakkan syari'atullah. Satu tahun yang lalu, aku masih berdua bersama Zauji. Satu tahun hari ini, kami sudah bertiga, alhamdulillah syukur tiada terhingga. Bertiga bermakna bertambah amanah dan tanggungjawab. Mahu menjadi seorang isteri dan ummi solehah di samping tidak meninggalkan amanah kepada masyarakat. Amani bertudung =)   Rehlah di Pantai Merdeka Jaulah ke Gua Kelam, Perlis Kelam-kabut agak sinonim dengan status seorang ibu muda. Namun, kelam-kabut itu sebenarnya boleh dikawal jika kita bijak mendisiplinkan diri dengan 24 jam sehari yang dipinjamkan kepada kita. Terdapat seorang ibu muda yang tampil menghasilkan sebuah e-book yang menjadi pencetus kepada penyusunan masa yang efektif kepada keluarga dan diri sendiri. Masa untuk luar rutin (non...

2015; Masa Semakin Suntuk

Bismillahi walhamdulillah Memulakan kalam bicara dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kita baru usai menyambut kelahiran baginda SAW pada hari Sabtu yang lalu. Semoga bertambah lagi kecintaan kepada Allah dan Rasulullah, melebihi cinta kepada diri sendiri, keluarga dan harta benda kita. Sesuatu yang sukar untuk dilalui apabila saudara-saudara kita ditimpa musibah banjir pada Disember 2014 yang lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Alhamdulillah Tabarokallah atas keprihatinan rakyat Malaysia yang tidak lokek menghulurkan sumbangan, biarpun kecil tetapi kita harapkan ianya dapat menjadi amal jariah kita di Akhirat kelak. Mini Tsunami, ada yang menyebutnya begitu, menggambarkan suasana pasca banjir yang dahsyat terutamanya di Kuala Krai dan Tanah Merah, Kelantan. Allahu Akbar! Hanya kepada Allah disandarkan segala harapan dan doa. Mereka menjadi insan-insan terpilih untuk diuji dengan kehilangan tempat tinggal ...

Half Way 2014

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah atas helaan nafas, atas nikmat Iman, Islam dan usia. Sanah helwah Zauji aka Abu Nafisah atas 28 tahun usia di dunia ini. Teruslah membimbing Umi dan Amani menuju redha Allah. Masa amat terbatas. Umi mencuri sedikit waktu usai menyiapkan write up sebentar tadi. Umi akan menghadap spreadsheet yang agak memeningkan mata sebentar nanti. Alhamdulillah atas izin Allah Umi diterima bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di USM. Amanah yang besar bertambah. Amanah kepada Abi dan Amani tidak boleh dikesampingkan. Terkadang ada penat, tertekan dan mahu putus asa. Lantas Umi beristighfar, mengingat kembali tujuan asal Umi bekerja dan mereflaksikan kepada Mak Umi yang sehingga hari ini masih bekerja. Mak kadang kala mengantuk di sekolah dek terpaksa berjaga malam menjaga anak-anak Mak Lang (adik Umi). Semoga Allah mengganjar Mak dengan ganjaran terbaik yakni SYURGA! Sudah lebih separuh penggal tahun 2014. Negara tercinta kita tidak lari dengan pel...

Ahlan Wasahlan Nafisah Amani ^_^

Bismillahi walhamdulillah 14 Rejab 1435H Nafisah Amani, nama yang diilhamkan Allah kepada Abi tika menunggu Ummi di bilik menunggu dewan bersalin. Semoga anak Ummi dan Abi bisa mencontohi Sayyidah Nafisah r.anha yang merupakan puteri Hasan al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Ali dan Sayyidah Fathimah az-Zahra', puteri Rasulullah s.a.w. Catatan Ummi hari ini dan insyaAllah selepas ini mungkin ringkas dan pendek tetapi Ummi mahu ianya bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Ummi mentinta buat tatapan Ummi di kala Ummi sudah di usia senja mungkin biiznillah, agar Ummi dapat menyelak kembali catatan kelahiran puteri sulung Ummi dan Abi ini.  Kelahiranmu adalah satu anugerah, rahmat dan detik yang ditunggu-tunggu oleh Ummi dan Abi sayangku. Saat Allah mengirimkanmu dan meletakkanmu di dalam rahim Ummi, Ummi tahu Allah Yang Maha Pengasih mendengar doa Ummi yang banyak dosa ini. Allah mengurniakan zuriat kepada Ummi dan Abi pada usia 1 tahun lebih pernikahan kami, Alhamdulill...

When I miss my Mujahids and Mujahidahs..

Bismillahi walhamdulillah It's Friday today! Don't forget to do plenty of Solawah and read Al-Kahf! Don't let your time flies with no benefits and without practice the sunnah. Sometimes you feel hard to practice but bear in your mind that you are doing virtues and definitely you will be rewarded by Allah for it. Have faith on it my brothers and sisters!  Scrolling down the faces of my nieces and nephews on my father's FB threw me to my Juliana's. I smiled and thanked Allah for bringing me chances to see, laugh and enjoy every moment with my love. Abah and Mak were the most and very important persons for 9 of us. Their sacrifices will never be paid forever, only Allah can reward all their kindness and sacrifices to their child and grandchild. My first brother, Faidz was doing well in his study and career. Alhamdulillah he got married to a beautiful lady, Shida and was granted an adorable daughter, Humaira. Humaira looks alike her father or so called ...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...

Eid Mubarak dan Amanah

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah pada hari ini. Rasa seperti 'baru hidup' dek hampir 2 minggu lemah longlai dan tidak dapat menunaikan segala kewajipan dengan sebaiknya. Astaghfirullah'ala kulli zanbin.. Lama sangat tidak menjenguk dunia blog, gembira membaca perkembangan sahabat-sahabat; baik yang bakal bergelar ibu, baru bergelar ibu, sedang bertungkus lumus dengan PhD dll. Namun begitu, berita saudara-saudara Mesirku tidak akan dilupakan. Betapa kerdilnya diri ini jika mahu dibandingkan dengan kentalnya semangat jihad mereka. Allahu.. Ramadhan sudah pun berlalu. Setelah lama tidak ke rumah Allah, alhamdulillah diizinkan-Nya untuk sujud di dalam Masjid Al-Huda Kelang Lama, masjid saban hari saya dan suami bertarawikh. Allahu..perasaan rindu kepada Ramadhan tidak dapat diungkapkan. Benarlah Ramadhan pasti berlalu tetapi Tuhan Ramadhan sentiasa ada, sentisa menunggu hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas beri...

Terima Kasih Zauji..

Bismillahi walhamdulillah Manusia sentiasa terkenang pada masa silam sedangkan masa silam adalah suatu masa yang ditinggalkan. Astaghfirullah..semoga Allah menjauhkan kita daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menyilaukan pandangan dan membisikkan kesesatan. Melayari bahtera rumah tangga menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi di antara suami dan isteri. Apabila badai menghempas bahtera kami, harus ada strategi bagi menghadapinya. Adakah perlu berpindah bahtera atau pun bertahan sahaja di dalamnya?  Wanita atau isteri umumnya memiliki Emotional yang tinggi berbanding lelaki atau suami. Apabila berhadapan dengan masalah, selalu sahaja panik dan tenggelam punca. Maka si suami datang menghulurkan bantuan, memberikan buah fikiran yang bernas dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan strateginya yang bijak dan mudah difahami. Subhanallah, Maha Suci Allah yang melengkapkan hidup suami dan isteri dengan kelebihan masing-masing. Kadang-kadang ombak yang menghempas ...

Adindaku Mahu Kahwin!

Bismillahi walhamdulillah Pantas masa berlalu seiring pantasnya usia pernikahan aku dan Zauji. Serasa baru semalam kami bernikah. Alhamdulillah atas nikmat pernikahan ini. Terkini, adindaku pula akan bernikah! Dan pernikahan Februari akan kembali berulang dalam famili Hj Yaakob dan Pn Khairani =) Oleh itu, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat adinda-adindaku yang dikasihi; AHMAD FAIDZ dan MASYITAH  yang bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Februari 2013 nanti, insya-Allah. Percaya-tak percaya aku dengan khabar ini terutama bagi adinda Masyitah. Seusia 22 tahun beliau akan menamatkan zaman bujangnya! Benarlah jodoh itu adalah rahsia Allah dan Dia jualah yang telah mengatur urusan jodoh kita. Tidak boleh ada tidak percaya pada ketentuan dan ketetapan Allah ini kerana Beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah termasuk dalam Rukun Iman. Allahumma solli'ala Muhammad. Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan memberikan k...

New Semester, New Intention, New Spirit!

Bismillahi walhamdulillah Lama rasanya tak mengomel di halaman LTC ini. FB lebih senang diupdate dan mengatasi laman-laman sosial yang lain. Pejam celik- pejam celik rupanya diri ini telah dihantar kepada Sem 1 2012/2013! Subhanallah cepat sungguh masa berlalu..seperti sekejapnya menyaksikan si fulan itu berkahwin dan kini sudah menimang cahaya mata.. Hari ini adalah hari pertama bagi Semester 1 2012/2013 merangkap semester terakhirku biiznILLAH..Muhasabah semester-semester yang lalu, mahu mengambil teladan dan hikmah atas kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan, semoga semester akhir ini bisa menjadi penebusnya. Cerita tentang adindaku, Sakinah yang telah selamat melahirkan anak sulung beliau pada 28 Ramadhan yang lalu. MUHAMMAD FATHI BIN MUKMIN nama diberi. Semoga Fathi bisa membuka kejayaan dan menjadi pembuka kepada pintu kejayaan dunia dan akhirat. Nenda pula telah selamat pulang dari menziarahi Nienah, Mukmin dan Fathi di Cairo pada minggu lepas. Alhamdulillah...

Recharge!

Bismillahi walhamdulillah Tidak kurang sebulan sahaja lagi Ramadhan bakal menjengah. Oh tidak sabar rasanya mahu bertemu Ramadhan, bulan yang sekian lama dinanti dan dirindui. Ramadhan tahun lepas masih bersisa di ingatan, bahagia rasanya dapat menjelajah rumah-rumah Allah di jantung kota ini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..jika dahulu aku membayangkan kesukaran dan ketidak selesaan untuk menyambut Ramadhan di ibu kota tetapi rupanya tanggapan aku salah sama sekali. Di mana pun kaki ini berpijak di bumi Allah, Ramadhan itu memberikan keberkatan dan kedamaian yang tidak terungkap dengan kata-kata. Sem 3 telah berakhir Jersi Master yang telah disarungkan rupanya telah tampak lama, ibarat baju lama yang dipakai berulang kali. 3 sem sudah berlalu, dengan siri-siri suka-duka juga tangis-tawa sebagai rencah masakannya. Alhamdulillah 'ala kulli hal, tidak percaya pun ada kerana diizinkan Allah melaluinya selama 3 semester. Berbaki 1 semester lagi dengan penumpuan penuh t...

Abah dan Mak; Titipan Allah Paling Istimewa

Bismillahi walhamdulillah Mata enggan dipejam, mahu bermuhasabah malam ini. Layar minda terarah ke wajah Abah dan Mak, anugerah Allah yang paling istimewa dalam hidupku dan adik-adik. Menatap wajah Abah dan Mak, rasa seperti hilang segala masalah, rasa aman dan selamat, rasa tenang. Perasaan ini pastinya tidak akan hilang, walaupun umurku dipanjangkan ke angka 30 tahun, 40 tahun dan wallahu a'lam sampai kapan pun usiaku, perasaan damai ini akan bernada sama, insyaAllah. Abah dan Mak, tidak terbendung rasa sayu di hati apabila mengenangkan segala pengorbananmu kepada kami. Kini aku sudah bergelar seorang isteri, sudah punya keluarga kecil sendiri namun kasih Abah dan Mak tidak pernah berkurang sedikit pun. Anak sulung mereka yang sudah pun berusia 26 tahun, sudah berkahwin tetapi masih dilayan seperti anak sulung mereka yang masih kecil, seperti 26 tahun yang dahulu. Allahu Allah.. Tika kepulanganku ke Juliana tempoh hari, Abah dan Mak menyambutku hangat, persis z...

Mabruk buat Sakinah dan Mukmin

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah kami merafa' kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, adinda kami tercinta Sakinah bt Yaakob telah selamat diijabkabulkan bersama mujahid pilihan hati, jawapan istikharah beliau, saudara Mukmin b Mohd Khairi . Majlis akad nikah telah berlangsung pada 15 September 2011 yang lalu. Keluarga di Malaysia hanya menyaksikan menerusi livestreamtv. Doa kami agar usrah Sakinah dan Mukmin sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah. Seakan tidak percaya diri ini sudah punya adik ipar! Alhamdulillah wa syukru Lillah..soal jodoh dan ajal sudah tertulis di Lauh Mahfuz. Telah tercatat jodoh adikku pada 15 September 2011 lalu. Sebagai kakak, tiada kata yang terungkap demi melihat adiknya berbahagia bersama teman, sahabat dan peneman sepanjang hidup beliau. Mabruk Nienah! Very happy for both of you! Can't wait to meet you and your husband next year! Fi Amanillah!

Ayah Bonda; Maafkan Anakmu Ini

Bismillahi walhamdulillah Puteri sulung Mak dan Abah ingin mencoret sesuatu di sini. Terlebih dahulu jutaan maaf dipinta untuk Mak dan Abah kerana diri ini jarang sekali menghadiahkan kebahagiaan kepada kalian berdua. Sudah 25 tahun anak sulung Mak dan Abah sekarang, subhanallah cepatnya masa berlalu! Dalam usia satu dekad setengah ini aku cuba menghitung-hitung berapa banyak 'hadiah' kejayaan yang telah ku beri, walaupun aku tahu Mak dan Abah tidak memintanya tetapi sebagai seorang anak, wajib ke atasku untuk 'menghadiahkan' kejayaan terutamanya di dalam akademik kepada kedua orang tuaku. Maafkan diri ini Mak dan Abah, rasanya tidak dapat dihitung dengan apa pun segala kesenangan, kemudahan dan segala-galanya yang telah kalian berdua berikan kepada kami, sembilan orang anakmu ini. Bermula dengan hari pertama aku menjenguk dunia sehingga ke saat ini, tidak tertahan rasanya menakung air mata yang pasti akan gugur jika mengingat akan pengorbanan kalian kepada kami. Maafka...

Dialah Ayahku

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah syukur kepada Allah sehingga hari ini Dia masih memberikan nikmat Iman dan Islam, nikmat hidup juga kesihatan. 20 Safar 1432H hari ini. Dan genap sebulan aku bermukim di bumi Lembah Pantai ini. Sebulan bersamaan 30 hari telah memberikan banyak sekali pelajaran kehidupan kepadaku. Segala perasaan bercampur-baur; diadun dalam sebuah ‘adunan’ kamus hidup. Perasaan syukur atas segala nikmat dan ujian yang ditetapkan Allah buat hamba-Nya tidak akan pernah sirna, insya-Allah. Mohon setiap saat diri kita dijaga Allah, sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan hatta sekecil mana pun urusan itu. Hebatnya Allah, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya bersendirian melalui saat-saat getir dan sukar walaupun pada pandangan makhluk, alangkah beratnya ujian itu.. Apabila hidup di negeri orang ini, perasaan rindu kepada ibu ayah, adik-adik dan kampung halaman pasti ada. Iyalah, merekalah insan-insan yang paling dekat dalam hidup kita. Mereka menyaks...