Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

24-years-old Ms Hafizah ^_*~

Imbasan semasa zaman kanak-kanakku, sering sahaja tidak sabar menanti Hari Lahir! Ya, siapa yang tidak seronok, semasa Hari Lahirlah, kita akan menerima ucapan, hadiah dan kadang-kadang pelbagai kejutan yang menjadikan ia kenangan yang manis untuk dikenang. Begitulah selalunya, 8 Julai sentiasa diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan. Dan tidak berapa jam lagi, 8 Julai akan tiba. Hari yang istimewa buat ayahanda dan bondaku tika menyambutku sebagai cahaya mata dan puteri sulung mereka, alhamdulillah..dan aku, tiada ucapan yang dapat dinyatakan melainkan puji-pujian hanya untuk Tuhan yang aku cintai, yang telah mengurniakan nikmat Iman dan Islam dan masih memberikanku kesempatan untuk menghambakan diri kepada-Nya. Terasa mahu menangis apabila usia yang dipinjamkan ini masih tidak ku gunakan dengan sebaiknya sedangkan setiap detik umur inilah yang bakal dipersoalkan kelak. Amal ibadat masih kurang mutunya, gerak kerja Islami juga masih ketinggalan 'speed'nya. Bagaimana kamu m...