Bismillahi walhamdulillah Ummi kini sudah berada pada 32 minggu dan 6 hari kehamilan. Subhanallah, Tabarokallah! Seakan tak percaya rasanya, seolah baru semalam Ummi baru saja mengetahui bahawa Ummi hamil! Fasa sekarang adalah fasa yang mencorak pelbagai rasa dalam diri Ummi; rasa tidak sabar bertemu anak Ummi ni dan dalam masa yang sama rasa gementar dan takut juga dalam menghadapi proses bersalin nanti. Allahu yusahhil! Persiapan mental dan fizikal harus disiapkan semantapnya. Ummi telah membaca perkongsian perjalanan kelahiran daripada sahabat-sahabat dan rakan-rakan Ummi. Masha Allah banyak manfaat yang Ummi peroleh sementelahan ini adalah kali pertama pengalaman Ummi hamil. Ada cerita positif dan ada cerita negatif. Ummi membaca semuanya dan Ummi cuba mengambil daripada sisi positifnya insyaAllah. Di dalam bacaan Ummi tentang Gentle Birth, seeloknya ibu yang hamil membayangkan gambaran yang positif sahaja agar emosi si ibu sentiasa dalam keadaan tenang, relaks dan nyaman ...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."