Bismillahi walhamdulillah 14 Rejab 1435H Nafisah Amani, nama yang diilhamkan Allah kepada Abi tika menunggu Ummi di bilik menunggu dewan bersalin. Semoga anak Ummi dan Abi bisa mencontohi Sayyidah Nafisah r.anha yang merupakan puteri Hasan al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Ali dan Sayyidah Fathimah az-Zahra', puteri Rasulullah s.a.w. Catatan Ummi hari ini dan insyaAllah selepas ini mungkin ringkas dan pendek tetapi Ummi mahu ianya bermanfaat kepada sesiapa yang membaca. Ummi mentinta buat tatapan Ummi di kala Ummi sudah di usia senja mungkin biiznillah, agar Ummi dapat menyelak kembali catatan kelahiran puteri sulung Ummi dan Abi ini. Kelahiranmu adalah satu anugerah, rahmat dan detik yang ditunggu-tunggu oleh Ummi dan Abi sayangku. Saat Allah mengirimkanmu dan meletakkanmu di dalam rahim Ummi, Ummi tahu Allah Yang Maha Pengasih mendengar doa Ummi yang banyak dosa ini. Allah mengurniakan zuriat kepada Ummi dan Abi pada usia 1 tahun lebih pernikahan kami, Alhamdulill...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."