Bismillahi walhamdulillah Saya menerima WhatsApp suami, beliau menyatakan beliau telah mula ber-blog! Wah, saya teruja dengan semangat beliau. Semoga beliau terus istiqomah, tidak seperti saya yang kadang tenggelam kadang timbul😢 Saya sentiasa mahu mencabar diri, walau dunia saya sekarang dikelilingi dengan rutin harian yang sibuk, menulislah walaupun sedikit. Kata-kata daripada Pak Hamka, antara jistnya ialah menulislah agar akalmu tajam. Menulis bererti kita menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri dalam menyampaikan fakta atau pun cerita. Sebelum ini, saya hanya akan menulis post-post di blog saya menggunakan laptop. Ya laptop sebab cepat sedikit saya nak menaip. Namun hari ini apabila saya membuka laptop, akan ada insan yang menunggu untuk menggunakannya😁. Justeru, hari ini saya telah memulakan penulisan saya dengan telefon pintar yang pelbagai guna ini, alhamdulillah. Tidak berapa hari lagi, tahun 2018 akan menjelma, meninggalkan pelbagai cerita 2017 untuk kita muh...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."