Skip to main content

Posts

Showing posts from 2025

Tautan Kasih Selepas 16 Tahun

 Bismillahi walhamdulillah, Usai solat Isyak, aku ingin mencoret sedikit kenangan tautan kasih dengan senior yang ku hormati di kampus UIA dahulu iaitu Kak Nurhidayah atau lebih mesra aku panggil Kak Dayah. Petang tadi tiba-tiba masuk mesej dalam inbox Facebook (FB) ku daripada Kak Dayah. Sudah lama sebenarnya aku tak bertanya khabar beliau, hanya mengikuti perkembangan beliau di FB sahaja. Kak Dayah memberitahuku bahawa beliau berada di Jitra, mengikuti suaminya yang menyelia pelajar-pelajar di Kedah. Aku terus menjemput Kak Dayah berjumpa di rumah ibuku sementelahan aku masih berada di sini. Alhamdulillah Kak Dayah sudi menerima pelawaan ku. Selepas Maghrib sampailah Kak Dayah bersama suami, ibu mertua dan 6 orang anak-anaknya. Masha Allah, deras waktu berlalu, akhir pertemuan kami pada 16 tahun lalu iaitu tahun 2009. Kak Dayah grad awal setahun daripada ku. Kami gembira bersua muka. Banyak cerita yang dikongsikan terutama mengenai perkembangan sahabat-sahabat seperjuangan dahulu...

Majlis Graduasi Huffaz ke-10 Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

 Bismillahi walhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi, Dia masih memberi izin kepadaku untuk bernafas, mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Hidup ini adalah medan ujian. Terkadang kita merasakan kesusahan dalam kepingan puzzle kehidupan kita, namun di akhirnya kita pasti akan merasai hikmah daripada kesusahan itu. Apabila melihat posting yang lalu, rupanya setahun telah pergi meninggalkan kita. Hari ini telah mencatatkan tarikh 30 Disember 2025, bermakna berbaki satu hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2026. Sudah tentu banyak impian dan azam baru yang kita nak capai.  Tahun 2025 meninggalkan banyak cerita dalam diriku. Impian menyambung pengajian terpaksa ditangguhkan lagi atas faktor sesi persekolahan yang singkat dan tumpuan harus diberikan kepada anak-anak pelajarku yang menduduki peperiksaan SPM. Aku akui kemampuan diri adalah terbatas untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Aku berdoa semoga Allah aturkan yang ter...