.Cerita Semalam. Alhamdulillah saya telah pun selesai menduduki semua peperiksaan akhir bagi sem ini, Sem 1 09/10. Ya Allah, luluskanlah semua paper saya dengan cemerlang, Ameen. Keluar dari dewan exam, memang terasa sedikit kelegaan dek kerana usai sudah peperiksaan bagi semua subjek di UIA yang telah saya ambil. Namun tidak dinafikan masih terselit rasa kerisauan dan kebimbangan yang teramat mengenangkan natijah yang bakal diperoleh nanti. Semoga Allah membantu.. Malamnya, saya mengajak 3, 4 orang sahabat saya makan malam di Awana, dekat Tanjung Lumpur. Tiada sebab apa pun sebenarnya, lebih kepada mahu meraikan sahabat yang akan meninggalkan bumi Kuantan sem hadapan, Dayah. Sesekali berjumpa, macam2 cerita yang kami borakkan..terima kasih sahabat2 kerana sudi menjadi teman tawa dan sedih saya. Ingin sekali saya dedikasikan entri kali ini kepada seorang sahabat baik saya yang sangat saya kagumi kekuatan dan kesabaran beliau. Sahabat ini dekat dengan saya, dekat sekali. Sejak matrik la...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."