Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Ujian Buat Umar

Pertama kali aku mendengar perkataan "Compressor" iaitu salah satu komponen dalam badan Umar. Dah lama Umar sakit sebenarnya, sejak ke jaulah Azi tempoh hari. Pening juga kepala dibuatnya, apa yang tak kena pada Umar lagi? Asyik meragam dan menjerit-jerit, huhu kadang-kadang malu juga aku dibuatnya. Iyalah, mesti orang terkejut dengan bunyi teriakan Umar yang bingit dan tidak menyenangkan. Kasihan Umarku.. Hari Jumaat lepas aku bawa Umar ke Pusat Servis favouriteku, di Bukit Setongkol. Kata abang servis tu, bateri Umar longgar. Lalu puaslah dia mengetuk dan membedah apa yang patut kat Umar. Alhamdulillah tanpa sebarang bayaran, aku membawa Umar pulang selepas diperiksa. Esoknya aku agak terkejut, Umar kembali meragam. Masya-Allah, apa lagi yang tak kena ni Umar? Aku berbisik sendirian. Tak boleh jadi ni, Umar perlu dibawa ke hospital secepat mungkin. Lalu aku berkira-kira untuk ke tempat servis yang dimiliki oleh bangsa Cina. Akhirnya terpaksa juga me'laku'kan bisnes...

Selamat Pengantin Baru Azi & Azri

Bergambar kenangan bersama mempelai =) Alhamdulillah kami berkesempatan menghadiri walimah Azimah di Shah Alam pada 14 Februari lalu. Gandingan warna tema maroon-putih menambahkan seri majlis sahabat kami ini. Buat Azi & suami; semoga usrah yang dibina dilimpahi dengan sakinah , mawaddah wa rahmah , insya-Allah..semoga bahagia hingga ke syurga-Nya =) Buat teman-teman sejaulah; K.Mar, Humm, K.Iqa, Mimi, Matni, Ayu, Azurin, Sab, Husna >> Thank you 4 everything! Nanti kita berjaulah lagi ye (^_^)

Merungkai 'Illuminati' & 'Neo-Muktazilah' di KIPSAS- Siri 1

Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti Simposium Pemikiran Islam di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Kuantan, Pahang pada 10 Feb yang lepas. Menjadi wakil tunggal UIA, saya ke sana dengan Umar saya =) Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan-Nya, syukran Allah! Dua buah kertas kerja telah dibentangkan kelmarin. Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh En Ainuddin Kamaruddin dan Kertas Kerja 2 pula dibentangkan oleh Puan Siti Nora' Aeshah Zakaria. Insya-Allah saya akan cuba ringkaskan pengisian daripada kedua-dua kertas kerja ini. Kertas Kerja 1: Cabaran Pemikiran Islam Era Globalisasi (Illuminati: Satu Tinjauan Awal) Oleh: Ainuddin bin Kamaruddin Pensyarah Jabatan Dakwah & Pengurusan KIPSAS Pengenalan Pemikiran Islam berdepan dengan pelbagai gelombang cabaran yang amat getir dari pelbagai sudut. Islam diserang dalam keadaan nyata dan tersembunyi, zahir dan batin, kasar dan halus serta fizikal dan mental secara bertubi-tubi. Pemikiran umat Islam ...

Langkah Tercipta

Album : Langkah Tercipta Munsyid : UNIC http://liriknasyid.com Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan. Mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian. ALLAH.. inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, Haruskah aku mengalah, namun jiwa kuberbisik, inilah dugaan. Dan mataku kini terbuka, pada hikmah dugaan, uji keimanan (menguji keimanan), Tak dilontarkannya ujian, di luar kekuatan, setiap diri insan. ALLAH.. pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini, cekalkan hati dan semangatku. Kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata, PadaMU ku meminta. Daku mohon agung kudratMU, Wahai Tuhan yang Satu, Segalanya dariMU.

Terus Berjihad!

Tidak ramai yang ingin menyelami perasaan rakyat Palestin tika ini. Sungguh pun isu Palestin dikatakan isu evergreen bagi sesetengah daripada kita, tetapi ketahuilah bahawa tidak ada kerugian bagi mereka jika kita tidak membantu mereka kerana Mereka ada Allah, Mereka cintakan SYAHID, Mereka tidak takutkan mati, Mereka memburu cinta Allah, Mereka merindukan syurga Allah, Bertemu bidadari-bidadari yang penuh dengan cinta.. Kita juga ingin menjadi seperti mereka. Menjadi syahid/ah atas jalan perjuangan ini. Hatta kita tidak berdepan dengan Zionis laknatullah, kita berdepan dengan ghazwatul fikr yang dilontarkan oleh Barat kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Jika rakyat Palestin mengangkat senjata untuk berdepan dengan Zionis, maka kita juga mengangkat 'senjata' kita iaitu aqidah yang sahih dan penguasaan ilmu dalam bidang kita untuk berdepan dengan Barat yang hakikatnya berdiri di belakang Yahudi laknatullah! Ayuh sahabat-sahabat! Terus berjihad! Takbir! Info Jiha...

Amat Sedikit Sekali Syukurku Kepada-Mu..

Usai membasuh baju, mak cik yang bekerja sebagai cleaner di hostelku menegur, "Bila sampai (UIA)?" Aku tersenyum dan menjawab, "Pagi Ahad mak cik, " "Mak sihat?" mak cik bertanya lagi. "Alhamdulillah sihat. Mak cik sihat?" aku pula bertanya kembali. "Mak cik sihat, cuma selesema sikit minggu lepas. Mak keje ke?" mak cik seakan berminat untuk tahu mengenai ibuku. "A'ah, cikgu." Aku senyum. "Patutlah anaknya pandai, mak cikgu, " mak cik membalas. Aku terdiam. Mungkin rata-rata masyarakat akan memberikan tanggapan dan jawapan yang sama seperti mak cik tadi. Em, pandaikah seorang anak kepada cikgu? Bagi aku, tidak semestinya. Jika usaha yang kental tidak ada pada diri seorang anak, anak cikgu pun boleh hilang arah tuju, na'uzubillah. Aku merenung kata-kata mak cik tadi. Terngiang-ngiang akan keluhan mak cik akan kehidupan beliau yang tidak sesenang orang lain. Aku mengerti amat. Betapa sedikit sekali kesyukurank...