Skip to main content

Ujian Buat Umar

Pertama kali aku mendengar perkataan "Compressor" iaitu salah satu komponen dalam badan Umar. Dah lama Umar sakit sebenarnya, sejak ke jaulah Azi tempoh hari. Pening juga kepala dibuatnya, apa yang tak kena pada Umar lagi? Asyik meragam dan menjerit-jerit, huhu kadang-kadang malu juga aku dibuatnya. Iyalah, mesti orang terkejut dengan bunyi teriakan Umar yang bingit dan tidak menyenangkan. Kasihan Umarku..

Hari Jumaat lepas aku bawa Umar ke Pusat Servis favouriteku, di Bukit Setongkol. Kata abang servis tu, bateri Umar longgar. Lalu puaslah dia mengetuk dan membedah apa yang patut kat Umar. Alhamdulillah tanpa sebarang bayaran, aku membawa Umar pulang selepas diperiksa. Esoknya aku agak terkejut, Umar kembali meragam. Masya-Allah, apa lagi yang tak kena ni Umar? Aku berbisik sendirian.

Tak boleh jadi ni, Umar perlu dibawa ke hospital secepat mungkin. Lalu aku berkira-kira untuk ke tempat servis yang dimiliki oleh bangsa Cina. Akhirnya terpaksa juga me'laku'kan bisnes mereka, setelah aku kurang berpuas hati dengan Pusat Servis di Bukit Setongkol tempoh hari. Dengan ditemani Husna dan Izleen, aku memandu ke Auto Alex Acsesories, tak jauh dari Terminal Makmur.

Aku bagitau masalah Umar yang asyik berbunyi-bunyi. Si tauke tu, Patrick namanya testlah Umar. Dia kata Umar ada masalah air-cond. Habislah muka Umar dibedah, kasihan Umar..Akhirnya dia mengeluarkan satu komponen dalam badan Umar yang diberi nama 'compressor', yang tak pernah aku tahu sebelum ni. Rupa-rupanya compressor Umar dah leaking dan akan affect enjin jika tak ditukar. Compressor Umar juga rupanya adalah local, jadi tak tahan lama.

Patrick memberitahu, local compressor harganya RM600 dan original compressor pulak RM980. Masya-Allah, macam nak melayang aku dengar harganya. Apa lagi, cepat-cepat aku call Abah. Minta Abah berunding dengan Patrick. Lama Abah berunding dengan Patrick. Mulanya Abah macam berat nak tukar compressor baru, tetapi memandangkan pertengahan April nanti, Umar akan dibawa balik ke Kedah, jadi Abah izinkan untuk tukar. Aku meyakinkan Abah, dahulukan saja duit aku, aku tak kesah. Abah pun bersetuju, Abah kata "macam-macam ujian guna Umar ni". Aku diam.

Alhamdulillah setelah hampir 3 jam Umar dibedah, akhirnya selamatlah diganti compressor Umar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sekelasku, Izleen yang sanggup menemani aku dari awal hingga akhir. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan beliau.

Aku cuba bermuhasabah. Jika dihitung, banyak sekali ujian sepanjang aku menggunakan Umar. Mungkin ujian ini adalah sebagai kaffarah dosa-dosaku. Walau bagaimana pun, aku tetap puas dan gembira dengan adanya Umar. Aku gembira jika aku dapat memudahkan urusan sahabat-sahabatku melalui Umar. Tiada apa yang dapat aku berikan melainkan dengan sedikit rezeki (nikmat kenderaan) yang Allah pinjamkan buatku untuk aku membantu sahabat-sahabatku. Apalah sangat bantuanku jika dibandingkan dengan pengorbanan yang lebih besar yang telah dilakukan oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda. "Ya Allah, terimalah segala kerja buat yang ku lakukan untuk membantu sahabat-sahabat dan membantu agama-Mu."

Pemilik Umar
PFP 3757


Comments

  1. (^_^)
    syukran fizah, atas perk0ngsian nikmat dan kemudahan yang fizah ada selama ini.
    syukur cepat dapat detect masalah kesihatan Umar. jangan susah2 hati, ok

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...