Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Apabila Manusia Telah Buta Hati

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219) “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91) Jika kita bertanya kepada manusia yang waras, apakah hukum JUDI ? Pastinya dia akan menjawab HARAM . Atau jika dia tidak tahu hukum, jawapan yang diberikan pastinya NEGATIF! Sudah terang lagi bersuluh, di dalam ayat-ayat Allah Ta'ala bahawa hukum ...

Happy Teacher's Day

Surprise untuk Mak & Abah! Yang di belakang tu hasil kerja Amah, hmm not bad =) 1 6 Mei, tarikh keramat yang diraikan saban tahun buat para pendidik insan, pencurah ilmu.. Termasuk dalam golongan yang mulia ini adalah kedua ibu bapa saya, Hj Yaakob Abd Manaff dan Pn Khairani Khairuddin. Tak terucap jutaan TERIMA KASIH kerana telah mengasuh, menjaga dan memberikan pendidikan kepada kami (anak-anakmu). Guru-guru yang amat berjasa kepada saya, mengajar saya mengenal abjad, huruf dan angka, barakallahufik! Saya mendoakan agar setiap ilmu yang dicurahkan akan dibalas oleh Allah Ta'ala dengan ganjaran yang selayaknya. Buatmu guru-guruku; Taski ABIM, Arau Sek Keb Tunku Budriah, Arau Sek Keb Stella Maris, Kangar Sek Keb Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra SMK Agama Kedah MCIIUM IIUM Gombak IIUM Kuantan para senior (abang-abang & kakak-kakak, naqib & naqibah) para junior (adik-adik permata hatiku) staf Bank Rakyat Jitra "Wahai Allah, Engkau rahmatilah dan limpahkanlah kurnia-Mu bu...