Skip to main content

Ke Mana Hamasah Itu?

Bismillahi walhamdulillah

Masa sesungguhnya amat pantas berlalu, sehingga satu saat pun tidak memberikan peluang kepada orang yang cuai menjaganya. Sem 4 sedang dilalui..dengan bebanan taklifan yang menuntut hak untuk dilunasi. Kala ini hati dan ruh amat merindui sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi jika nasihat mereka diperlukan. Sahabat-sahabat yang faham dan mengerti, sahabat-sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi istimewa di hadapan Sang Khaliq. Dan sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu meniupkan hamasah kepadaku..agar aku terus teguh berdiri walau beribu ujian dunia membadai menggugah sebatang tubuh kerdil ini.

Aku merasakan terlalu banyak alasan yang diberikan di kala Allah mahu memberiku peluang menambah saham pahala untuk perjuangan agama-Nya. Allah..sungguh hamba tidak berdaya Ya Allah..Allah Maha Tahu setinggi mana komitmen hamba dan Engkau Maha Tahu sedalam mana kapasiti hamba..ampunkan hamba-Mu Ya Allah..

Mungkin mereka mengatakan aku beralasan. Di mana janjimu yang dahulu? Janji untuk sama-sama berjuang di kala senang mahu pun susah demi agama-Nya? Engkau masih bersikap ananiyah wahai diri..Engkau tidak yakin kepada janji Allah? Engkau mahu menjadi golongan yang futur? Na'uzubillahi min zalik..aku memohon kepada Engkau Ya Rabb, jauhkan aku daripada golongan itu, thabatkan aku di atas jalan perjuangan ini..

Aku mengakui saban hari hatiku resah gelisah jika aku jauh dari-Mu..Engkau pimpinlah aku Ya Rabb..Bantulah aku dalam menguruskan masaku dengan baik di kala hambatan masa semakin menekan pundakku..Aku merasakan aku adalah bukan aku yang dahulu..Allah..di manakah hamasah itu? Tolonglah hamba Ya Allah..kembalikan ruh jihad itu, kembalikan hamasah yang satu itu..

Maafkan aku sahabat-sahabatku..Bukan aku mahu berlepas diri daripada bersamamu..aku masih bersama dan akan terus bersama dalam rantaian ini sehingga hujung usiaku insya-Allah..doakan keistiqomahanku teman dan doakan aku bisa melunaskan segala amanah yang diberikan dengan ikhlas agar aku bisa mempersembahkan ia di hadapan Rabbku..sahabat, aku berterima kasih atas segala ilmu dan nasihat yang engkau curahkan dan hingga saat ini aku merindukan engkau yang dapat mendekatkan aku dengan Tuhanku..doakan aku teman..

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...