Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Membuka Pintu Rezeki

Bismillahi walhamdulillah Pernah satu ketika, saya dan suami mengikuti seminar merancang wang. Seminar yang hanya memakan masa setengah hari itu amat berbaloi, alhamdulillah..Tuan Harun Mohd Yusof (Hamdy) menyampaikan seminar dalam suasana yang santai dan menyeronokkan :) Antara perkara yang kami pelajari ialah bagaimana kita perlu bijak dalam menyimpan wang sehinggakan setiap perbelanjaan WAJIB dicatatkan! Beli gula-gula 20 sen ke, beli aiskrim seringgit ke..kena catat! Kedengaran lucu bukan? Kerana dari situlah biasanya berlaku ketirisan dalam bajet bulanan kita, betul tak? Selain itu, beberapa perkara yang seharusnya dimiliki oleh generasi muda (baca: sebelum mencapai umur 30 tahun) mengikut prioriti ialah plan takaful, rumah, kereta (second hand dahulu dan dalam kondisi yang baik) dan reserve (contoh: 10% daripada gaji selama 6 bulan). Ini adalah perkara-perkara asas yang seharusnya ada di dalam perancangan kewangan kita. Wah, nampak macam susah juga nak capai tu.....

Adinda Umar Sudah Bertemu Jodohnya

Bismillahi walhamdulillah Rehat yang panjang daripada menulis. Maafkan aku wahai blog, FB dan insta masih mendahului tika ini. Aku lebih suka merakam memori di blog, umpama mencoret di lembar kertas..FB dan insta pula untuk aku update berita terkini dan melihat perkembangan rakan-rakan. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi. Biar pun badai melanda keluarga kami, namun doa yang tidak putus daripada semua pihak akhirnya dimakbulkan Allah. Begitu hebat kuasa DOA! Alhamdulillah, dalam setiap musibah yang berat pada awalnya, telah dileraikan satu-persatu oleh Yang Maha Pengasih. Kegembiraan demi kegembiraan dikurniakan kepada kami sekeluarga, maka nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan? Selamat datang ahli keluarga baru, anakanda Ziyyad Abdul Haq bin Mohd Shafiq pada 31 Julai 2015, 8.03 pagi. Anakanda kepada Masyitah, adikku yang keempat. Kehadiran orang baru begitu dirai dan mendamaikan setiap jiwa yang memandang. Begitulah lahirnya seorang insan, suci bersih...