Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Penghujung Tahun 2017; Erti Syukur

Bismillahi walhamdulillah Saya menerima WhatsApp suami, beliau menyatakan beliau telah mula ber-blog! Wah, saya teruja dengan semangat beliau. Semoga beliau terus istiqomah, tidak seperti saya yang kadang tenggelam kadang timbul😢 Saya sentiasa mahu mencabar diri, walau dunia saya sekarang dikelilingi dengan rutin harian yang sibuk, menulislah walaupun sedikit. Kata-kata daripada Pak Hamka, antara jistnya ialah menulislah agar akalmu tajam. Menulis bererti kita menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri dalam menyampaikan fakta atau pun cerita.  Sebelum ini, saya hanya akan menulis post-post di blog saya menggunakan laptop. Ya laptop sebab cepat sedikit saya nak menaip. Namun hari ini apabila saya membuka laptop, akan ada insan yang menunggu untuk menggunakannya😁. Justeru, hari ini saya telah memulakan penulisan saya dengan telefon pintar yang pelbagai guna ini, alhamdulillah. Tidak berapa hari lagi, tahun 2018 akan menjelma, meninggalkan pelbagai cerita 2017 untuk kita muh...

Saya Sudah Kembali!

Bismillahi walhamdulillah Lama nya saya meninggalkan dunia blog. Saya melihat tarikh akhir blog saya bernyawa ialah pada 3 Disember 2015! Hampir 2 tahun saya membiarkannya dan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Saya baru-baru ini ter tengok satu drama sinetron Indonesia. Haha kaki drama juga saya ni ya :p. Ada satu dialog yang walaupun bersifat santai tetapi ianya amat bermakna buat saya. Seorang wanita sedang kesedihan kerana baru berpisah dengan suaminya. Dia ditegur oleh seorang pakcik yang menasihatinya dengan kata-kata ini; "hidup ini singkat wahai anak..nikmati hidup dengan gembira kerana hidup hanya sekali sahaja.." Ya, hidup hanya sekali. Hanya sementara. Perasaan sedih, kecewa dan bersifat negatif itu pasti akan singgah dalam hidup kita tetapi bagaimana kita mengawal emosi dan bangkit semula daripada kesedihan dan kegagalan itu adalah paling utama. Jangan biarkan kesedihan membelenggu diri hingga segala pekerjaan terabai. Kita ada Allah y...