Skip to main content

Saya Sudah Kembali!

Bismillahi walhamdulillah

Lama nya saya meninggalkan dunia blog. Saya melihat tarikh akhir blog saya bernyawa ialah pada 3 Disember 2015! Hampir 2 tahun saya membiarkannya dan banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya.


Saya baru-baru ini ter tengok satu drama sinetron Indonesia. Haha kaki drama juga saya ni ya :p. Ada satu dialog yang walaupun bersifat santai tetapi ianya amat bermakna buat saya. Seorang wanita sedang kesedihan kerana baru berpisah dengan suaminya. Dia ditegur oleh seorang pakcik yang menasihatinya dengan kata-kata ini; "hidup ini singkat wahai anak..nikmati hidup dengan gembira kerana hidup hanya sekali sahaja.."

Ya, hidup hanya sekali. Hanya sementara. Perasaan sedih, kecewa dan bersifat negatif itu pasti akan singgah dalam hidup kita tetapi bagaimana kita mengawal emosi dan bangkit semula daripada kesedihan dan kegagalan itu adalah paling utama. Jangan biarkan kesedihan membelenggu diri hingga segala pekerjaan terabai.

Kita ada Allah yang sentiasa bersama kita, pagi petang, siang mahu pun malam. Dia lah sebaik-baik tempat pengaduan dan mendengar segala rintihan dan permintaan. 

Alhamdulillah, saya masih ada di sini, bernafas dengan izin Tuhan. Saya telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, suami yang soleh dan amanah sebagai seorang guru. Doakan saya sentiasa sihat, memberi manfaat buat keluarga dan umat. Kerana hidup hanya sekali, mari lakukan yang terbaik! ^^,



Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Detik Perkenalan ku dengan Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Entri terakhir ku dalam blog LTC ini ialah pada 2018 yang lalu. Allahu Akbar, lama sungguh tak menulis! Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang detik perkenalan ku dengan makanan tambahan dan vitamin daripada Shaklee. Pertama kali aku melihat tong ESP Shaklee ialah di rumah datukku, jika tak salah sekitar tahun 1990-an. Aku masih kanak-kanak ketika itu dan hanya capture perkataan Shaklee dalam mindaku tanpa mengetahui apa itu Shaklee?  Masa berlalu, aku menginjak dewasa, sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Menginjak usia menghampiri 30-an, aku perasan badan aku dah kurang cergas, cepat letih dan BMI pun tak normal 😪 Satu hari, aku terbaca posting FB seniorku, Kak Ros yang kini merupakan upline ku mengenai vitamin Shaklee. Lalu aku terus menghubungi beliau dan menyatakan masalahku. Aku berhasrat hendak mencuba ESP kerana daripada pembacaan ku, ESP dapat membantu membekalkan tenaga dan me...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...