Skip to main content

SPM 2017; Syukur dan Air Mata Gembira

Bismillahi walhamdulillah,

Tidak sedar bahawa sudah tahun kedua saya bergabung bersama keluarga unik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada entri kali ini, saya berhajat untuk merakamkan apresiasi saya kepada anak-anak didik saya yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2017 pada pagi tadi. 

Berblog sudah menjadi satu kekangan bagi saya dalam keadaan kesuntukan masa dan amanah yang lebih utama untuk ditunaikan. Alhamdulillah hari ini saya diberi sedikit waktu untuk mentinta sedikit kenangan bersama mantan anak-anak didik saya, merangkap batch pertama saya diamanahkan mengajar 2 subjek SPM iaitu Matematik dan Matematik Tambahan. 

Masih segar lagi di ingatan saya saat pertama kali saya menjejakkan kaki di MTSD. Rasa kekaguman yang tinggi kepada bakal anak-anak pelajar tidak dapat disembunyikan apatah lagi mereka ialah huffaz Al-Quran. Masha Allah Tabarokallah! Perasaan rendah diri masih menebal kerana aura mereka telah saya dengar sebelum saya mengenali mereka lagi. Tambahan saya diamanahkan untuk mengajar 2 subjek SPM iaitu Matematik dan Matematik Tambahan, menambahkan lagi kegalauan di hati ini. Adakah saya mampu melunaskan impian ibu bapa, sekolah dan juga Lembaga Maktab Mahmud?

Pada ketika itu, mereka merupakan batch kedua yang bakal menduduki SPM dan keputusan SPM 2016 telah memberikan satu cabaran buat mereka untuk melakukan lebih baik lagi. Dalam masa yang sama, kami barisan guru turut mendapat tamparan hebat dek keputusan SPM 2016 yang masih kelihatan 'biasa' pada pandangan pihak atasan. Justeru, mereka mencabar kami untuk membuktikan keputusan SPM 2017 dapat mengatasi keputusan pada tahun 2016.

Ya, saya sebagai orang baru dalam dunia MTSD turut merasa tertekan. Tiada pengalaman mengajar subjek SPM apatah lagi Matematik Tambahan yang dianggap 'killer subject' oleh para pelajar. Saya juga kekurangan sumber bahan mengajar dan tiada rakan yang turut sama mengajar Matematik Tambahan di sekolah saya. Allah..tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan perasaan saya tika itu. 

Mengambil semangat sahabat-sahabat guru yang mengajar subjek SPM sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada saya dalam tahun pertama saya menggalas amanah yang sangat berat ini. Namun, percaturan Allah itu hebat. Dia kurniakan kepada saya anak-anak didik hafiz hafizah yang sangat genius pemikiran mereka dan sangat berdikari! Tiada sumbangan besar pun yang saya lakukan selain hanya 10 - 20% sahaja datang daripada pembelajaran dalam kelas dan membimbing mereka untuk menjawab soalan mengikut format SPM.

Saya masih menyimpan data Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang saya target untuk batch mereka iaitu Matematik : 1.30 dan Matematik Tambahan : 4.50 di mana target tersebut adalah lebih tinggi daripada pencapaian SPM 2016 bagi kedua-dua subjek tersebut. Semasa saya menulis GPMP itu, saya sendiri kurang yakin dengan diri saya tetapi saya cuba menguatkan diri bahawa anak-anak pelajar saya BOLEH mencapai sasaran tersebut! Bermula dari AR1, kami memantau pencapaian mereka dan hingga lah AR3, alhamdulillah graf pencapaian adalah meningkat dan mencapai target sekolah.

Kami barisan guru sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik dan termampu kepada anak-anak didik kami. Kami sedar bahawa bukan guru yang memiliki Ijazah Pendidikan dan tidak sampai 10 tahun pun pengalaman mengajar kami. Tetapi kami yakin bahawa jika kami bersungguh-sungguh dan beriltizam demi kecemerlangan anak-anak didik, Allah pasti akan membantu kami.

Lalu hari ini terjawablah natijahnya. Saat saya masuk ke bilik mesyuarat untuk melihat keputusan rasmi SPM 2017, saya menerima ucapan tahniah daripada seorang sahabat, "Kak, tahniah! Add Math hanya seorang saja yang fail!". Allahu Akbar! Rasa mahu sujud syukur ketika itu juga. Betapa besar kasih sayang Allah kepada kami semua. Saya tidak melakukan apa-apa tetapi Allah yang memberikan kejayaan besar ini buat kami. Bilangan A bagi kedua-dua subjek saya juga meningkat, alhamdulillah ya Rabb! 

Justeru, dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada sahabat-sahabat guru terutama sahabat seperjuangan guru-guru SPM, barisan pentadbiran yang sentiasa support dan utamanya kepada anak-anak didik kebanggaan MTSD kerana telah mengharumkan nama sekolah sekaligus membuktikan bahawa ANDA BERHAK CEMERLANG dan ANDA BERHAK HEBAT! Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kalian, dunia akhirat.

Mohon maaf jika cikgu ada kekhilafan sepanjang mengajar kalian. Ingat lah MTSD selalu :)

Ikhlas,
Cikgu Nurhafizah Yaakob







Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...