Bismillahi walhamdulillah Setiap kali bangun pagi, aku akan berkata kepada diri, "Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Engkau masih memberikan satu hari lagi kepadaku. Semoga Engkau redha kepadaku dan menerima taubatku." Aku terkesan dengan fasa umur yang dicadangkan oleh Prof Dr Muhd Kamil, beliau sandarkan penghujung umur dengan umur baginda Nabi s.a.w. Jika diukur begitu, aku sudah pun berada dalam Fasa 4 (31 - 40 tahun), berbaki lebih kurang 33.33% kehidupan kita. Allahu Allah..takut rasanya apabila tiba-tiba Allah panggil diri ini, rasa macam tak banyak pun memberi sumbangan kepada ummah. Dalam usrah guru minggu lepas, rakan guru, Cg Ashraf berkongsi satu peribahasa orang-orang dulu yang menyebut "kalau dah masuk umur 40, hang baik, baik lah sampai mati. Kalau hang tak baik, tak baiklah hang sampai mati." Peribahasa ini tidaklah dibukukan, cuma ia memberi maksud tersirat bahawa apabila usia memasuki 40 tahun, seseorang itu sudah mencapai kematangan dalam hi...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."