Skip to main content

Powernya Hidup Tenang

 Bismillahi walhamdulillah

Setiap kali bangun pagi, aku akan berkata kepada diri, "Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Engkau masih memberikan satu hari lagi kepadaku. Semoga Engkau redha kepadaku dan menerima taubatku."

Aku terkesan dengan fasa umur yang dicadangkan oleh Prof Dr Muhd Kamil, beliau sandarkan penghujung umur dengan umur baginda Nabi s.a.w. Jika diukur begitu, aku sudah pun berada dalam Fasa 4 (31 - 40 tahun), berbaki lebih kurang 33.33% kehidupan kita. Allahu Allah..takut rasanya apabila tiba-tiba Allah panggil diri ini, rasa macam tak banyak pun memberi sumbangan kepada ummah. 

Dalam usrah guru minggu lepas, rakan guru, Cg Ashraf berkongsi satu peribahasa orang-orang dulu yang menyebut "kalau dah masuk umur 40, hang baik, baik lah sampai mati. Kalau hang tak baik, tak baiklah hang sampai mati." Peribahasa ini tidaklah dibukukan, cuma ia memberi maksud tersirat bahawa apabila usia memasuki 40 tahun, seseorang itu sudah mencapai kematangan dalam hidup. Carilah ilmu bermula hari ini, walaupun umur kita sudah 39 tahun hari ini.

Usai solat Isyak dan bacaan Al-Mulk, aku terbaca perkongsian daripada Master Zura yang berkongsi rakaman Zoom berkenaan satu tajuk yang Masha Allah best sangat iaitu "Vibrasi Diri dan Pintu Rezeki", disampaikan oleh adik kepada Master Norita iaitu Puan Norhayati Idris. Allah izin aku klik link tersebut dan mendengar rakaman ini.

Rupa-rupanya ilmu yang Puan Norhayati kongsikan ini adalah Formula Tenang yang aku belajar daripada kelas Prof Muhaya Circle (PMC). Allahu Akbar! Allah izin aku belajar ilmu ini sebab petang tadi aku dah niat nak dengar kelas bonda Prof, memandangkan kelas Batch 8 akan berakhir awal Oktober nanti.


Puan Norhayati menggunakan istilah 'blockage' yang membawa maksud 'luka batin' seperti yang bonda ajarkan kepada kami. Subhanallah! Luka batin ini antaranya ialah trauma yang kita alami semasa kecil, contohnya kita sering dimarahi oleh ibu ayah kita. Jika luka batin ini tidak diurus dan dibuang, hati kita seolah tersekat, susah untuk kita dapat ilmu. Kita perlu "Living in the present moment". 


David R. Hawkin berkongsi tentang skala emosi di mana level yang paling bawah (basement) ialah rasa hina, bersalah, putus asa. Golongan ini rendah sangat vibrasi dirinya, dia tak mahu jumpa orang sebab dia tak percaya dengan diri dia. Kita mesti tak nak duduk dekat basement kan? Kita nak naik ke level lebih tinggi (penthouse) dan kebiasaannya manusia biasa macam kita nak jadi seorang yang TENANG. Jika dilihat dalam level emosi di atas, vibrasi paling tinggi iaitu pencerahan 700+ adalah dimiliki oleh para wali Allah. Mereka redha akan setiap apa jua yang Allah taqdirkan kepada mereka. 

Puan Norhayati kongsikan agar kita FOKUS kepada PERKARA YANG KITA SUKA dan elakkan daripada kita fokus kepada perkara yang kita tak nak. Kita aktifkan RAS kita, sebagai contoh kita tanya soalan kepada kita "ada tak X50 warna kuning?" Kita akan nampak nanti X50 warna kuning kerana RAS kita aktifkan apa yang kita nak. Maka, jika kita fokus kepada perkara yang kita tidak suka, kita akan nampak perkara itu dengan kerap. Contohnya, 'aku tak suka tengok si polan tu, dia pemalas.' Nanti kita akan sentiasa lihat sikap pemalas daripada orang yang lain.

Kita doa sahaja kepada Allah, "Ya Allah, aku lemah, Engkau dorongkanlah aku agar aku melakukan pekerjaan ku dengan baik pada esok hari. Engkau berkuasa ke atasku dan aku menyerahkan urusanku kepadaMu."



Kadang-kadang kita lupa, kita fikir kita boleh buat semua benda walhal kita tiada apa. Maka bacalah doa di atas setiap hari, kita serahkan urusan kita total kepada Allah. Serah kepada Allah secara TOTAL!

Masha Allah, La hawla wala quwwata illa billah.

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...