Skip to main content

Posts

Tetamu Datang Membawa Rahmat

Recent posts

Sahabat Solehah Sukar Dicari Ganti

 Bismillahi walhamdulillah, Hari kelima di tahun baru. Ibu bapa sudah mula sibuk membuat persiapan untuk pembukaan sekolah anak-anak tahun 2026. Alhamdulillah hari ini suamiku yang membantu menguruskan pembelian buku dan uniform sekolah anak-anak sementelahan aku dan anak-anak masih lagi di Jitra. Kelmarin seharian aku dan Cg Hamzah berada di MMAS dibantu oleh sahabat solehahku, Ustazah Ilyana untuk menyelesaikan Jadual Waktu sekolahku. Betapa terharu aku kerana Ustazah Ilyana atau lebih mesra dipanggil Yana sudi membantu kami walau sudah setahun beliau tidak lagi berada di bumi MTSD. Pertukaran beliau ke MMAS amat dirasai oleh kami kerana banyak jasa beliau kepada MTSD. Yana amat disenangi oleh semua guru. Beliau seorang yang rajin dan begitu teliti serta kemas dalam apa jua tugas yang diamanahkan kepada beliau. Beliau sering menghulurkan bantuan kepada kami terutama berkaitan pengurusan majlis sekolah dan isu teknikal. Aku sering menyatakan kepada Yana, semoga Yana direzekikan ol...

Mencari Hikmah Di Sebalik Ujian

 Bismillahi walhamdulillah, Selamat datang tahun 2026. Masha Allah Tabarokallah! Terima kasih wahai Allah, Engkau masih menghidupkan aku hingga hari ini. Engkau masih memberikan peluang kepadaku untuk bertaubat, menambah amal ibadah dan memperbaiki segala kekurangan diri.  Cuti sekolah baru-baru ini kami suami isteri bersetuju untuk menjalankan ibadah khitan bagi anak lelaki kedua kami, Furqan yang kami selesa memanggil Adik. Alhamdulillah syukur, proses khitan Adik berjalan lancar. Kami memanggil MA ke rumah untuk khitankan Adik. Seminggu berlalu. Kami rasa hairan sebab luka khitan Adik belum lagi sembuh. Masih ada kesan pendarahan yang meninggalkan warna kehitaman. Aku mulanya agak panik sebab anak kedua ku sebelum ini tidak berlaku begini. Dalam tempoh seminggu lebih sedikit, alhamdulillah beliau dah sembuh. Maka bermulalah episod penjagaan secara intensif olehku dan suami. Kami memanggil semula MA yang khitankan Adik. Beliau pun agak terkejut melihat kondisi Adik. Menurut ...

Tautan Kasih Selepas 16 Tahun

 Bismillahi walhamdulillah, Usai solat Isyak, aku ingin mencoret sedikit kenangan tautan kasih dengan senior yang ku hormati di kampus UIA dahulu iaitu Kak Nurhidayah atau lebih mesra aku panggil Kak Dayah. Petang tadi tiba-tiba masuk mesej dalam inbox Facebook (FB) ku daripada Kak Dayah. Sudah lama sebenarnya aku tak bertanya khabar beliau, hanya mengikuti perkembangan beliau di FB sahaja. Kak Dayah memberitahuku bahawa beliau berada di Jitra, mengikuti suaminya yang menyelia pelajar-pelajar di Kedah. Aku terus menjemput Kak Dayah berjumpa di rumah ibuku sementelahan aku masih berada di sini. Alhamdulillah Kak Dayah sudi menerima pelawaan ku. Selepas Maghrib sampailah Kak Dayah bersama suami, ibu mertua dan 6 orang anak-anaknya. Masha Allah, deras waktu berlalu, akhir pertemuan kami pada 16 tahun lalu iaitu tahun 2009. Kak Dayah grad awal setahun daripada ku. Kami gembira bersua muka. Banyak cerita yang dikongsikan terutama mengenai perkembangan sahabat-sahabat seperjuangan dahulu...

Majlis Graduasi Huffaz ke-10 Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

 Bismillahi walhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi, Dia masih memberi izin kepadaku untuk bernafas, mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Hidup ini adalah medan ujian. Terkadang kita merasakan kesusahan dalam kepingan puzzle kehidupan kita, namun di akhirnya kita pasti akan merasai hikmah daripada kesusahan itu. Apabila melihat posting yang lalu, rupanya setahun telah pergi meninggalkan kita. Hari ini telah mencatatkan tarikh 30 Disember 2025, bermakna berbaki satu hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2026. Sudah tentu banyak impian dan azam baru yang kita nak capai.  Tahun 2025 meninggalkan banyak cerita dalam diriku. Impian menyambung pengajian terpaksa ditangguhkan lagi atas faktor sesi persekolahan yang singkat dan tumpuan harus diberikan kepada anak-anak pelajarku yang menduduki peperiksaan SPM. Aku akui kemampuan diri adalah terbatas untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Aku berdoa semoga Allah aturkan yang ter...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Anakanda-anakanda Ummi Sudah Besar

Bismillahi walhamdulillah Masa semakin deras berlari. Aku membelek catatan lama di dada LTC ini. Sungguh, aku merindui gaya penulisanku suatu ketika dahulu. Tulisanku penuh penjiwaan dan agak terperinci. Dalam tak sedar, seiring dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 kini, aku turut mengikut rentak menulis dalam gaya yang lebih ringkas dan padat sahaja. Zaman yang kita diami rupanya mencorakkan diri kita tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara kita berfikir dan tindakan kita. Dunia hari ini sangat pantas! Jika kita tidak mengikuti arus, nescaya kita akan ketinggalan. Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah hadiah daripada Allah melalui asbab pernikahan. Alhamdulillah, dalam usia perkahwinan yang bakal menghampiri 12 tahun, Allah mengurniakan 3 orang cahaya mata kepadaku dan suami. Nafisah Amani, Abdullah Zikri dan Muhammad Furqan nama diberi. Masing-masing sudah berusia 9, 7 dan 5 tahun. Masha Allah, pelbagai ragam yang mereka tunjukkan kepada ka...