Skip to main content

Tetamu Datang Membawa Rahmat

 Bismillahi walhamdulillah,

Alhamdulillah, meriah sungguh cuti sekolah kami di rumah bondaku. Kami menjadi keluarga pertama tiba di rumah Mak dan menjadi keluarga terakhir pulang ke rumah sendiri 😊

Mengulangi tahun 2024 ketika anakanda Abdullah bersunat, tahun 2025/2026 giliran anakanda Furqan pula. Kami memilih untuk anak-anak bersunat di kampung agar mereka tidak merasa kesunyian kerana sepupu mereka ramai di sini.

Alhamdulillah, kelmarin kami menerima kedatangan sepupu ku dari sebelah arwah Abah. Mereka merancang bercuti di Kedah dan destinasi pertama mereka adalah di rumah bonda kami. Kami terharu menerima kedatangan orang jauh, sudi menziarahi kami walaupun arwah Abah sudah tiada. 

Saling bertanya khabar perkembangan diri dan  keluarga masing-masing, aku dapat rasakan suasana yang ceria dan gembira di rumah kami. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. 

Adik ketigaku dan suaminya menggoreng bihun yang sangat sedap sementara adik iparku (isteri adik ke-6) menyediakan koktail yang lemak berkrim. Alhamdulillah atas nikmat juadah yang kami nikmati secara berjemaah.

Meniti usia 40 tahun banyak menyedarkan aku agar berusaha memperbaiki amal ibadah dan hubungan silaturrahim terutama dalam kalangan ahli keluarga. Menjaga solat di awal waktu, membanyakkan membaca al-Quran dan zikrullah serta menabung untuk ke rumah Allah biiznillah. 

Cabaran di akhir zaman sungguh menguji imanku yang senipis kulit bawang ini. Doaku semoga Allah swt sentiasa memanduku dan seluruh ahli keluargaku dengan cahaya hidayahNya yang tiada bertepi.



Bergambar kenangan bersama keluarga sepupu kami. Jemputlah datang lagi😊


Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...