Skip to main content

Mencari Hikmah Di Sebalik Ujian

 Bismillahi walhamdulillah,

Selamat datang tahun 2026. Masha Allah Tabarokallah! Terima kasih wahai Allah, Engkau masih menghidupkan aku hingga hari ini. Engkau masih memberikan peluang kepadaku untuk bertaubat, menambah amal ibadah dan memperbaiki segala kekurangan diri. 

Cuti sekolah baru-baru ini kami suami isteri bersetuju untuk menjalankan ibadah khitan bagi anak lelaki kedua kami, Furqan yang kami selesa memanggil Adik. Alhamdulillah syukur, proses khitan Adik berjalan lancar. Kami memanggil MA ke rumah untuk khitankan Adik.

Seminggu berlalu. Kami rasa hairan sebab luka khitan Adik belum lagi sembuh. Masih ada kesan pendarahan yang meninggalkan warna kehitaman. Aku mulanya agak panik sebab anak kedua ku sebelum ini tidak berlaku begini. Dalam tempoh seminggu lebih sedikit, alhamdulillah beliau dah sembuh.

Maka bermulalah episod penjagaan secara intensif olehku dan suami. Kami memanggil semula MA yang khitankan Adik. Beliau pun agak terkejut melihat kondisi Adik. Menurut beliau, Adik mengalami pendarahan mungkin sebab Adik agak lasak dan banyak bergerak semasa awal berkhitan hari itu. 

Setiap kali luka Adik dicuci, pasti meraung Adik. Hatiku luluh mendengar Adik menangis begitu. Namun kami suami isteri perlu kuatkan hati demi ingin melihat Adik segera sembuh. Mak aku pun menyebut kena banyakkan sabar, setiap anak tidak sama proses kesembuhan nya. 

Aku memanjatkan doa semoga Allah mengurangkan sakit Adik dan memberikan kesembuhan segera kepada Adik memandangkan tidak lama lagi sekolah akan bermula.

Mohon doakan kesembuhan buat Muhammad Furqan, anak Ummi Abi yang soleh dan Ummi yakin Allah pilih Adik untuk jadi insan yang kuat mealalui proses penyembuhan luka khitannya.

Jitra,

03/01/2026

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...