Skip to main content

Tarbiyah Syawal

Suka Duka Syawal

Bismillahi walhamdulillah..

Sudah 9 Syawal. Alhamdulillah gas O2 masih bisa ku hela, terima kasih Tuhan. Esok sekolah mula dibuka di 3 negeri yang memulakan sesi persekolahan pada hari Ahad (Kedah, Kelantan & Terengganu). Dan aku pula bakal memulakan tugasku pada hari Isnin ini, mohon dipermudahkan urusanku Ya Allah..

Masih merindui Ramadhan. Ya, siapa yang tidak merindui bulan yang mulia ini, pelbagai tawaran dan ganjaran hebat yang dikurniakan Ilahi. Bagi yang sudah memulakan puasa 6 di bulan Syawal bermula pada 2 Syawal lalu pasti sudah meraikan kemenangan. Manis sekali. Alhamdulillah.

Lembaran kehidupan pastinya diwarnai suka dan duka. 2 Syawal lalu aku terima khabar suka dan duka. Suka dan syukur atas berita walimah adinda seperjuangan, Akh Naim serta sahabat seperjuangan Ukht Salihah dan Akh Khaliffa. Doa dikirim, moga usrah mereka sentiasa diberkati Ilahi, disulami mawaddah juga sakinah wa rahmah, insya-Allah.

Duka dan sedih atas pemergian mujahid muda, Almarhum Nik Hafreez, aktivis UIAM Gombak. Arwah pergi dalam keadaan sedang berpuasa sunat 6 Syawal. Masya-Allah, semoga husnul khatimah adalah seni mati beliau, insya-Allah. Pemergian arwah sangat-sangat dirasai terutama buat keluarga dan teman-teman rapat beliau. Sesungguhnya berita kematian bisa menginsafkan kita. Kematian itu tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Subhanallah! Berbahagialah bagi mereka yang sentiasa beramal soleh semasa hidupnya dan sentiasa berjihad untuk meninggikan kalimatullah. Moga semangat jihad arwah dapat dicontohi dan seterusnya menjadi suntikan buat kita untuk meneruskan perjuangan yang suci ini, insya-Allah.

Road to Master

Hatiku tidak tenteram tika ini. Memikirkan permohonan Sarjanaku diterima atau tidak. Mohon doa daripada sahabat-sahabat dan anda yang membaca entri ini. Syukran kathir!

Terkadang aku hairan dengan diri sendiri. Mengambil jurusan Sains Matematik pada peringkat Sarjana Muda (Bachelor) tetapi ingin menyambung Sarjana (Master) dalam bidang Kewangan (Finance). Tetapi itulah minatku dan aku berdoa semoga niatku untuk mendalami ilmu kewangan ini diberkati Allah. Ada sesuatu yang ingin ku lakukan untuk ummah, doakan ya!

Comments

  1. Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Semoga Allah permudahkan urusan wahai kakak! Kekuatan doa itu sangat dahsyat maka berdoalah! HE is there =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...