Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Menjadi Lebih Berani

Benarlah sesetengah orang berkata, “Menjadi graduan bukanlah berakhirnya sebuah kembara pencarian ilmu tetapi ia merupakan satu PERMULAAN kepada sebuah destinasi perjalanan yang jauh lebih mencabar, panjang dan penuh dengan ranjau.” Perancangan yang teliti dalam menentukan hala tuju dan perjalanan hidup selepas graduasi amat dan TERAMAT PENTING sekali! Beberapa plan harus disediakan, tidak cukup dengan plan A dan plan B sahaja, mungkin menjangkau sehingga plan Z, mungkin..dan di sinilah segala pengalaman di alam kampus dahulu dikerah, diperah dan cuba diaplikasi sebaik mungkin.. Semasa bergelar seorang pelajar Tahun Akhir, aku cuba-cuba membayangkan kehidupan selepas graduasi, pastinya penuh dengan dilema..dilema mahu memilih kerjaya, dilema interview, dilema memilih tempat pengajian untuk MA dsb. Dan sekarang sememangnya diriku berada di dalam dilema. Aku mengira-ngira, sudah hampir 6 bulan tamat belajar, hampir 4 bulan bekerja yang berbaki lagi sebulan dan tinggal 2 bula...

Jaulah ke Pulau Mutiara

Bismillahi walhamdulillah Salam Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, hari Jumaat yang mulia. Sedikit perkongsian buat para pembaca "Leading The Change" , moga yang baik dapat diambil untuk manfaat bersama. :: UiTM Pulau Pinang:: Pagi kelmarin (Khamis), aku menyatakan kepada Abah, aku ingin memohon jawatan pensyarah DM45 di UiTM Pulau Pinang. Aku bersama dengan dua orang rakanku yang lain. Abah nampak gembira dan menyokongku, Alhamdulillah. Lalu, dia memberikan idea untuk menghantar borang permohonanku by hand di UiTM Pulau Pinang. Means, kami akan ke sana, UiTM Pulau Pinang! Itulah Abah, sentiasa bersemangat dalam apa jua pekerjaannya, dan semangat beliaulah yang mengkagumkan aku. Menyandang tugas sebagai seorang pensyarah sambilan ini mendekatkan aku dengan profesion Abah, Abah sebagai seorang pensyarah selama 26 tahun, Masya-Allah! Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Abah dalam mencurahkan ilmu dan baktinya kepada anak bangsa, kepada pelapis kepimpinan masa hada...

Bingkisan Kisah Miss Hafizah

Bismillahi walhamdulillah Masa amat pantas berlalu. Sedar tak sedar kontrakku sebagai Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa hampir tamat tidak lama lagi, Subhanallah! Macam tak percaya pun ada, masih terkenang hari pertamaku di UiTM Perlis. Sebelum melangkahkan kaki ke kelas, doa dibaca, mohon urusan mengajarku dipermudahkan-Nya. Macam-macam perasaan pada minggu pertama mengajar, maklumlah 'first experience' , sudah tentu rasa cuak dan serba tak kena. Alhamdulillah, mak dan abah banyak membantu, rakan-rakan pensyarah dan pensyarah senior juga tidak lokek mencurahkan ilmu dan yang utamanya pertolongan mutlak adalah daripada Allah, Tuhan teragungku, syukran Ya Allah! Minggu hadapan adalah 'revision week'. Semua kelas dah off , memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menumpukan masa, menelaah dan mengulang kaji. Tugasku pula adalah marking test paper yang bertimbun dan mengeluarkan carry marks secepat mungkin. Mohon bantuan-Mu Ya Allah, semoga pekerjaanku dipermudahkan-...

Umat Islam Sentiasa Boleh!!

Pertama kali aku dengar lagu ini dalam satu program di Matrikulasi dahulu.. Sangat nostalgia, sangat memberi kesan, liriknya ringkas sahaja tetapi maknanya begitu halus dan mendalam.. Terbaru, UNIQUE (baca: UNIC) telah menyanyikan kembali lagu ini..dan satu persatu kenangan dan memori di Matrikulasi dahulu kembali memenuhi kotak ingatanku.. Menuju Wawasan Islam Yang Gemilang! Umat Islam Berhak HEBAT!!

10.10.10

Istimewakah hari ini? Mungkin dengan susunan nombornya yang cantik, 10.10.10. Lalu ingin diabadikan tarikh ini pada event-event penting dalam kamus hidup kita, yang pasti manis jika diingatinya. Mendengar celoteh DJ IKIM pagi tadi, juga membicarakan tarikh ini, tarikh salah seorang rakan DJ IKIM yang melangsungkan perkahwinan beliau pada hari ini. Tahniah diucapkan. Tidak lupa, hari ini juga merupakan hari perkahwinan angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya. Dan pastinya hari ini banyak lagi undangan walimah di seluruh Malaysiaku ini. Doa dikirim, semoga pernikahan mereka diberkahi Ilahi. Berbicara mengenai soal perkahwinan, tidak banyak yang boleh aku perkatakan kerana diri ini masih solo, masih belum punya pengalaman. Akan tetapi kisah-kisah bahagia pernikahan sahabat-sahabat dan teman-teman sedikit sebanyak dapat dijadikan contoh buat diri ini. Tidak lupa, contoh terbaik kita sudah tentu adalah kedua orang tua kita. Mereka terlebih dahulu merasai asam g...

Sekitar Majlis Konvokesyen Kali Ke-26 IIUM

Puja-puji hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana. Alhamdulillah, pada hari yang bersejarah ini, aku telah berjaya bergelar Graduan International Islamic University Malaysia (IIUM) dalam Bachelor of Mathematical Science (Honours). Kulliyyah of Science merupakan kulliyyah terakhir yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda pada hari terakhir Majlis Konvokesyen kali ke-26 ini iaitu pada hari Isnin, 4 Oktober 2010, bersamaan 25 Syawal 1431H. Wajah-wajah yang ceria dan penuh kegembiraan dapat aku lihat pada hari ini dan tidak terkecuali diriku jua. Enam tahun sudah berlalu. Serasa baru semalam aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa IIUM tetapi pada hari ini, di dalam dewan yang sama, Cultural Activity Centre (CAC) Hall, aku menjejakkan kaki di atas pentas utama, menerima penganugerahan yang bermakna daripada pihak universiti. Terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga buat semua komiti Majlis Konvokesyen atas segala persiapan dan sambutan istimewa buat kami. ...