Skip to main content

10.10.10

Istimewakah hari ini?

Mungkin dengan susunan nombornya yang cantik, 10.10.10.

Lalu ingin diabadikan tarikh ini pada event-event penting dalam kamus hidup kita, yang pasti manis jika diingatinya.

Mendengar celoteh DJ IKIM pagi tadi, juga membicarakan tarikh ini, tarikh salah seorang rakan DJ IKIM yang melangsungkan perkahwinan beliau pada hari ini. Tahniah diucapkan. Tidak lupa, hari ini juga merupakan hari perkahwinan angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya. Dan pastinya hari ini banyak lagi undangan walimah di seluruh Malaysiaku ini. Doa dikirim, semoga pernikahan mereka diberkahi Ilahi.

Berbicara mengenai soal perkahwinan, tidak banyak yang boleh aku perkatakan kerana diri ini masih solo, masih belum punya pengalaman. Akan tetapi kisah-kisah bahagia pernikahan sahabat-sahabat dan teman-teman sedikit sebanyak dapat dijadikan contoh buat diri ini. Tidak lupa, contoh terbaik kita sudah tentu adalah kedua orang tua kita. Mereka terlebih dahulu merasai asam garam kehidupan berumah tangga, maka rujuklah mereka =)

Alhamdulillah, ada antara sahabatku yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Gembira, bahagia yang tidak terucap. Sahabat yang dahulunya bersama-samaku di alam mahasiswa, beraktivisme bersama-sama, kini sudah punya kehidupan sendiri. Aku sesungguhnya bahagia melihat mereka bahagia. Syukran ya Allah..semoga mereka bakal melahirkan mujahid/ah pembela agama-Mu.

Juga pada hari ini, ada satu khabar gembira yang aku terima. Kisah yang ditunggu-tunggu akhirnya dimakbulkan oleh Tuhan, syukran ya Allah =)
Kepada empunya cerita, kakakmu ini mendoakan yang terbaik untuk kamu. Tidak sabar untuk menunggu hari itu, fi hifzillah!

Benarlah firman Allah yang antara maksudnya, "Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan agar kamu merasa tenteram kepadanya.."
Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan daripada-Nya. Dan yakinlah bahawa jodoh terbaik telah ditentukan Allah buat diri kita. Siapalah kita untuk menolak ketentuan-Nya, bukan?

Aku meyakininya ya Allah, Engkau pasti akan mengurniakan jodoh yang soleh dan baik buat empunya diri yang solehah dan baik dan terbukti apabila aku melihat sendiri sahabat-sahabat, teman-teman yang soleh/ah dikurniakan Engkau pasangan yang juga soleh/ah. Subhanallah, segala pujian dikembalikan kepada-Mu, jadikan kami hamba-hamba-Mu yang selalu bersyukur..

{hatiku berbunga riang, Alhamdulillah, syukran Ya Allah <@,@>}

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...