Hentikan Polemik Ini

Cukuplah...
Rakyat menderita,
Bekalan makanan dan pakaian yang tidak mencukupi,
Ditambah emosi yang tidak keruan.

Cukuplah...
Usah isu ini mahu dipolemikkan,
Banjir itu tiada mengenal anutan politik dan fahaman rakyat.

Cukuplah...
Jangan kerana anda ada takhta dan kuasa,
Isu bersama dicaca-merbakan,
Yang seharusnya digembleng bersama.

Dengarlah...
Suara hati dan rintihan rakyat ini..
Dan renunglah bahawa banjir bukan hanya bencana alam,
Tetapi ada mesej yang disampaikan oleh Allah buat kita.

Comments