Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Jeda

Bismillahi walhamdulillah Hampir sebulan aku bergelar pelajar Sarjana. Bagaimana rasanya? Alhamdulillah sedang menikmati keindahan bidang baru yang ku kira mencabar juga dan dalam masa yang sama berusaha untuk enhance skill-skill yang sudah 'berkarat'. Tidak dinafikan jalan Sarjana yang ditempuh sekarang sudah menampakkan 'wajah sebenar'nya. Susah. Payah. Berat. Sesak. Atau mungkin ada kalimah lain yang boleh diertikan dengannya. Allahu Rabbi, tidak bertujuan untuk mengeluh apatah lagi menyesal akan jalan yang dipilih ini. Malah aku amat bersyukur kerana menjadi antara yang dipilih untuk mendalami ilmu Iqtishad ini. Alhamdulillah.. Peristiwa di dalam kelas 'Advanced Microeconomics' sebentar tadi membuatkan aku jeda. Dengan berlatar belakangkan Ilmu Hisab yang tidak seberapa kebal menjadikan aku malu dengan pensyarah serta rakan sekelas. Sudah tentu aku seharusnya menjadi yang lebih dahulu tahu untuk solve mathematical problems disebabkan Degreeku di dalam bida...

4 months 'honeymoon'

Apabila diwar-warkan sistem semester di semua universiti di Malaysia akan bermula pada bulan September, dalam hati mula galau dan kacau. Mungkin permulaan semester pada September menyebabkan 'kelambatan' pengajian Sarjanaku. Walau bagaimanapun sebagai salah seorang rakyat Malaysia, I tend to follow the regulation, moga ada hikmahnya. Rakan sekelas, a Thai's student, Mee juga merasakan yang sama denganku. Berkira-kira untuk mencari pekerjaan sambilan juga katanya. Insya-Allah moga beliau ketemu dengan pekerjaan yang baik dan tidak sia-sia. 4 bulan di Lembah Pantai! Perlu satu 'grand design' yang teliti agar masa yang ada dimanfaatkan seoptimumnya dan mendapat keberkatan, insya-Allah. Lalu memerah sel-sel neuron untuk berfikir.. mendapatkan tajuk research untuk semester II-menyiapkan proposal mengaktifkan Score A {bolehla contact saya jika berminat} melakar peta hayat, ikut serta adinda Hamasyie mengumpul mozek dan jubin =) menziarahi ibu dan bapa saudara di sekitar L...

Make Me Strong

I know I’m waiting Waiting for something Something to happen to me But this waiting comes with Trials and challenges Nothing in life is free I wish that somehow You’d tell me out aloud That on that day I’ll be ok But we’ll never know cause That’s not the way it works Help me find my way My Lord show me right from wrong Give me light make me strong I know the road is long Make me strong Sometimes it just gets too much I feel that I’ve lost touch I know the road is long Make me strong I know I’m waiting Yearning for something Something known only to me This waiting comes with Trials and challenges Life is one mystery I wish that somehow You’d tell me out aloud That on that day you’ll forgive me But we’ll never know cause That’s not the way it works I beg for your mercy My Lord show me right from wrong Give me light make me strong I know the road is long Make me strong Sometimes it just gets too much I feel that I’ve lost touch I know the road is long Make me strong Words: Sami Yusuf Musi...

Dialah Ayahku

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah syukur kepada Allah sehingga hari ini Dia masih memberikan nikmat Iman dan Islam, nikmat hidup juga kesihatan. 20 Safar 1432H hari ini. Dan genap sebulan aku bermukim di bumi Lembah Pantai ini. Sebulan bersamaan 30 hari telah memberikan banyak sekali pelajaran kehidupan kepadaku. Segala perasaan bercampur-baur; diadun dalam sebuah ‘adunan’ kamus hidup. Perasaan syukur atas segala nikmat dan ujian yang ditetapkan Allah buat hamba-Nya tidak akan pernah sirna, insya-Allah. Mohon setiap saat diri kita dijaga Allah, sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan hatta sekecil mana pun urusan itu. Hebatnya Allah, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya bersendirian melalui saat-saat getir dan sukar walaupun pada pandangan makhluk, alangkah beratnya ujian itu.. Apabila hidup di negeri orang ini, perasaan rindu kepada ibu ayah, adik-adik dan kampung halaman pasti ada. Iyalah, merekalah insan-insan yang paling dekat dalam hidup kita. Mereka menyaks...

Tanyalah Tuhanmu

Bait-bait lagu "Cahaya Hati" nyanyian Opick ini terasa menusuk terus ke tangkai hatiku kala ini. Allah sangat dekat, amat dekat daripada urat nadi kita sendiri. Ya Allahu Ya Rahman, Ya Ghafur, Ya Rahim.. Ya, ada rasa sedih hari ini, semua kerja semacam tidak keruan. Allah..hitamkah hatiku? Dalam tidak sedar aku lalai kepada-Mu. Semua makhluk bersujud kepada-Mu.. Tuhanku, di kala ini kesepian menemaniku. Hidup di negeri orang kadang kala menjadikan aku tidak betah, berpura-pura nampak kental dan kuat walhal hanya Engkau Yang Maha Mengetahui kerdilnya aku, kecilnya aku, lemahnya aku.. Dahulu, kehidupanku sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang. Jika hati tidak tenteram, jiwa mula kacau, tazkirah berhikmah aku minta daripada sahabat-sahabat dan kedua orang tuaku. Subhanallah, syukurku tidak terhingga kerana diberikan izin dan nikmat berdampingan dengan insan soleh solehah dalam hidupku. Mungkin aku terlalu tamak Ya Tuhan. Tamak sehingga tidak memikirkan satu saat nanti aku ba...

Wanita Hebat, Takbir!

Ziarah Mardhiyyah

Bismillahi walhamdulillah.. Biiznillah aku berkesempatan menziarahi kakanda yang sangat dirindui, Kak Dayah =) Plus kegembiraan dapat menatap dan mendukung si comel Mardhiyyah! Mardhiyyah sangat suka kat Ummi Fizah kan? Hehe nanti bolehla Ummi Fizah 'culik' Mardhiyyah ke VA, boleh tak kak? It was be my first time driving alone in KL, PJ-Bangi! Subhanallah, Alhamdulillah..thank you Allah for the safe journey {walaupun bnyk kali call Kak Aini, tersesat-sesat nak sampai rumah beliau} Sampai saja kat rumah mertua Kak Dayah, terus cari Mardhiyyah! Rindu sangat sebab sebelum ni hanya dapat menatap si comel dalam MMS je, kan Mardhiyyah? Pesanan buat diri >>kena kurangkan bawa Umar berjalan sebab harga minyak naik, so makanan Umar terpaksa dicatu =( To my amazement, harga minyak masak dan bawang pun dah naik! Bawang merah sekilo berharga RM9! Macam mana ni Kerajaan? Fahamilah derita rakyat..

Mencipta Mimpi

Tiada kata yang mampu ku ucapkan Alhamdulillah, puja-puji hanya kepada Dia Selepas pertemuan bersama sahabat-sahabat lama dimakbulkan Allah, diberi pula kesempatan lagi untuk bertemu Adinda kesayangan, Ukht Khairani =) Berdatinglah kami selama 24 jam KL Sentral-Stadium Melawati-Vista Angkasa-Low Yat Walaupun hanya 24 jam, banyak sekali aktiviti kami, kan dik? Juga bertukar-tukar cerita Almaklum lebih kurang hampir 9 bulan tidak bersua muka Banyaklah cerita-cerita yang terkumpul Alhamdulillah syukran Lillah Tidak dilupakan mimpi-mimpi yang dikongsi Tidak sekadar menciptanya Tetapi kami ingin menggenggamnya! Ya Allah, makbulkanlah cita-cita, impian dan mimpi kami.. Dan hari ini Pertemuan yang tidak ku duga Bertemu senior-senior yang disegani dan dihormati di UIA dahulu Kak Aini juga Kak Deqma Allah.. Banyak sekali nikmat yang Engkau berikan kepadaku Walhal sebelum ini tidak pernah sekali aku terbayang untuk bertemu semula dengan insan-insan kesayanganku Subhanallah walhamdulillah Allahu...

Mengemudi Bahtera MEc

Bismillahi walhamdulillah, Syukran Lillah perjalananku sehingga hari ini masih dipermudahkan Allah, terus-terusan berdoa semoga Dia sentiasa memudahkan kembara ini sehingga ke penghujungnya. Kedatangan teman baik ke mahligaiku amat-amat menggembirakan, do come again ya Humm ^^, Kemudiannya ke KLCC sebentar, menjenguk Taman KLCC yang bakal diterjah oleh 'kami' minggu depan! Tidak sabar menanti hari itu dan semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Dua perkara UTAMA dan BESAR yang sangat-sangat saya hargai sekarang iaitu MASA dan WANG! Adakah saya mata duitan? Oh, tidak walaupun kadang-kadang dalam situasi tertentu saya harus berkata YA =) Masa amat dan terlalu cepat berlalu, dan pesan Abah, DAHULUILAH MASA ! Wang pula mengalir laju seperti air dan pesan Abah, CARILAH SCHOLARSHIP (^_^) Satu perkara lagi yang dipelajari; kemudilah bahtera yang besar bukannya bahtera yang kecil kerana apabila kita mengemudi bahtera yang besar, kita tidak akan menghiraukan ombak-ombak kecil yang m...

My First Week in PJ!

Bismillahi walhamdulillah.. Biiznillah, 27 Disember aku berjaya menjejakkan kaki di bumi Petaling Jaya. Dunia baru aku. Banyak sekali yang hendak diterokai. Doa dipanjat, moga segalanya dipermudahkan Ilahi. Jazakumullahu khairan jaza’ buat ayahanda dan bonda, yang tidak dapat ku balas segala jasa mereka hingga akhir hayatku. Segala keperluan dan kemudahan anak mereka yang sulung ini dipenuhi dengan sebaiknya, malah lebih daripada cukup. Subhanallah, moga nikmat kemudahan yang dipinjamkan Allah ini tidak menjadikan aku insan yang lalai kepada-Nya, na’uzubillah! Memulakan langkah pada hari pertama- Jam 2.30 petang aku ke taklimat bagi fakultiku; Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. My first impression-sedikit terkejut kerana rata-rata pelajar yang menyambung pengajian dalam bidangku adalah terdiri daripada Chinese, Indians dan juga international students. Oh, satu cabaran bagiku! Environment Degree yang dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim sahaja membuatkan aku berada dalam keadaan se...