Skip to main content

PRK UM 10/11 Dalam Sejarah


Bismillahi walhamdulillah,

“Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih”
Agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Daripada kaca mata seorang Postgrad student aku menulis;

Subhanallah..Alhamdulillah..LailahaILLALLAH..Allahu Akbar!
Tarbiyah Allah itu sangat indah dan Allah berhak menguji sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Begitulah yang diajarkan kepada kita. Tidak terkecuali walau seorang pun daripada kita untuk tidak diuji.

Fatrah PRK kini. Masih terbayang saat-saat berPRK di IIUM suatu ketika dahulu. Meriahnya masih dirasai; menggantung flyers, mengedarkan manifesto calon, berkempen dari bilik ke bilik. Tiada lain yang diniatkan melainkan ingin mengajak seluruh warga kampus memahami erti tanggungjawab memilih seorang pemimpin yang selayaknya seperti yang digariskan oleh Islam.

Fatrah PRK menguji segala-galanya. Keyakinan dan kebergantungan total seorang hamba kepada Rabbnya. Ukhuwwah Islamiyyah yang disemai dan dibajai sekian lama merasai angin goyahnya. Semangat perjuangan yang ditiup, disemarak dan dinyalakan api kadang kala hampir terpadam juga. Namun ujian-ujian ini dihadapi semampunya oleh jiwa-jiwa yang sentiasa mengharapkan janji Rabbnya, jiwa-jiwa yang telah lama berjanji setia untuk menegakkan kalimah Tauhid walau di mana sahaja mereka berada.

Dan hari ini, jiwa kecil ini masih diizinkan bernafas dan menyaksikan sekali lagi PRK bagi sesi 2010/2011 yang berpencak di UM, bukan lagi di IIUM. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tidak ada sumbangan yang dapat dicurahkan namun doa tidak henti-henti dipanjatkan agar kemenangan Pro-Mahasiswa dinobatkan di bumi UM. Sungguh rasa sangat cemburu, ingin turut sama menyertai tentera-tentera Pro-M berpencak.

Takdir Allah telah menentukan setiap sesuatu yang berlaku di muka bumi ini telah pun tercatat di Lauh Mahfuznya. Mesej yang masuk pagi tadi amat menggemparkan! Tidak terkecuali di dada Malaysiakini juga dihebahkan. “UM Pro-Mahasiswa feared kidnapped”. Masya-Allah, dahsyat sekali kejadian luar biasa PRK kali ini! Rasanya jauh lebih dahsyat daripada PRU!

Pro-M tidak berdiam diri. Petangnya mereka berhimpun di hadapan Dewan Tunku Canselor untuk menyatakan tuntutan-tuntutan berhubung kes calon hilang ini. Astaghfirullahal’azhim! Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita dan Allah bukakan hijab buat bertemu kembali dengan Adik Masturah. Sungguh kotor dan busuk sekali permainan musuh. Motif mereka biarlah Allah sahaja yang tahu.

Sesungguhnya hikmah yang besar telah disediakan Allah di sebalik peristiwa hitam ini. Jika remaja Tunisia yang membakar diri telah menyemarakkan kemarahan seluruh rakyat Tunisia, kini kehilangan calon Pro-M telah membangkitkan semangat juang dan suara mahasiswa dengan lebih padu! Student Power!

Ba’da solat Isya’ semalam, Solat Hajat berjemaah menyusul dengan disertai kedua ibu bapa Adik Masturah. Subhanallah, hebatnya Allah! Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian itu jika hamba-Nya tidak mampu untuk memikulnya. Mendengar dan menjiwai bait-bait ucapan Ummi (ibu Adik Masturah) semalam amat-amat menggetarkan jiwa dan mengalirkan ruh jihad untuk terus istiqomah di atas jalan perjuangan yang suci ini.

Doa seorang ibu sentiasa dimaqbulkan Allah. Bagi seorang anak, apa lagi yang diharapkan melainkan keredhaan walidain kepada mereka? Terbukti Adik Masturah adalah seorang anak yang solehah, sentiasa membanggakan kedua orang tuanya dengan kesungguhan dan iltizam beliau dalam perjuangan. Subhanallah, Tabarokallah! Tidak putus-putus hati ini memuji kebesaran Allah, di hadapan kami berdirinya seorang ibu yang telah mentarbiyah anaknya dengan tarbiyah yang hebat, diasuh agar tidak gentar berhadapan dengan musuh dan harus berani berjuang kerana Deenul Islam. Mereka telah dipilih Allah untuk diuji dengan ujian yang menyentap hati dan perasaan, bayangkan hati ibu bapa yang menerima berita kehilangan anak mereka..tidak pedihkah? Tidak peritkah? Tidak sedihkah?

Ummi tenang sekali. Tidak ada getar dalam nada suaranya tika menyampaikan taujihad beliau kepada kami. Sungguh tabah dan redha hati ibu ini. Malah beliau meniupkan semangat jihad kami, subhanallah! Membawakan kami sorotan sirah Nabi dikasihi ketika berdakwah di Taif. Habis berdarah dari kepala hingga kaki Baginda dek dibaling batu-batu oleh penduduk Taif. Tetapi Baginda tidak berputus asa, sedikit pun tidak! Masya-Allah! Lalu Ummi menyambung, anak adalah pinjaman Allah. Tiada siapa yang tahu jika Allah mahu mengambilnya dan tiada siapa juga tahu jika Allah akan mengembalikannya. Subhanallah, sungguh optimis sekali Ummi. Dan Ummi berpesan, sentiasalah berBAIK SANGKA dengan Allah dan menerima ujian Allah ini dengan hati yang penuh redha. Menitis air mata kami, menitis air mata jiwa-jiwa yang lemah ini mendengar amanat, taujihad dan motivasi seorang ibu yang anaknya sedang disembunyikan entah di mana..

Usai ucapan demi ucapan daripada calon-calon Pro-M, kami bergegas ke kolej-kolej kerana tidak sampai satu jam sahaja lagi waktu berkempen akan tamat. Mahu menyedarkan mahasiswa/wi yang mungkin tidak tahu apa yang berlaku tika ini, PRK UM yang telah dicabul lagi, malah lebih dahsyat dan mencipta sejarah! Tidak mahu melepaskan peluang, aku bersama sahabat baik terus menyertai konvoi kereta calon dan pasukan bermotor yang terbaik! Terima kasih adik-adik Pro-M! Rasa sangat teruja, hari ini dalam sejarah dapat menyertai pasukan konvoi calon-calon Pro-M UM, Alhamdulillah =)

Walaupun hanya beberapa jam diizinkan Allah menyertai peristiwa-peristiwa penting fatrah PRK UM ini, namun ia amat-amat bermakna bagiku. Laungan Takbir yang dirindui, doa wehdah dan laungan Student Power yang sudah lama tidak dilaungkan, pada hari ini ianya dapat didengari dan dihayati lagi. Alhamdulillah, syukran Allah. Aku menginsafi atas setiap catatan dan lakaran lukisan yang telah Engkau takdirkan buat kami kerana kami yakin akan setiap janji-Mu dan kami yakin bahawa apa yang dilaksanakan adalah semata-mata untuk mencari redha dan meraih cinta-Mu. Syukur yang tidak terhingga kami kerana akhirnya Adik Masturah dipulangkan kepada kami dalam keadaan selamat. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang sentiasa SABAR dengan ujian Tuhan mereka. Janji Allah tidak sekali-kali dusta, syurgalah buat mereka yang sabar.

Akhiran, SELAMAT MEMBUANG UNDI pada esok hari. Doakan kemenangan Islam bertapak di bumi UM dan di seluruh bumi Allah. Takbir!

Comments

  1. AllahuAkbar. Terbaik. Bertuah la anti dapat merasai suasana PRK di UM yang sentiasa hangat dan menarik untuk diperkatakan. Berbeza dengan suasana di UIAM Kuantan nampaknya. Rasa macam tak ada PRK. Mungkin tahap kesedaran terhadap PRK dan pentingnya urusan memilih pemimpin yang terbaik di sisi Islam perlu dipertingkatkan di kalangan Mahasiswa UIAM. Apapun, selamat berjuang di bumi UM.

    p/s: tak jadi masulah ke kat sana?

    ReplyDelete
  2. Syukran Murabbi singgah rumah ana. Alhamdulillah, diizinkan Allah utk ana dan shbt2 di sini merasai kehangatan dan kebobrokan di UM yg dulunya hanya mendengar sj. Waqi' berbeza Ust, mgkn IIUM msh berada di zon selesa, tidak tertekan dgn pihak atasan. Tp ana yakin, political edu msh terus diperkukuh dlm klgn mahasiswa IIUM.
    Alhamdulillah pro-M menguasai hampir keseluruhan kerusi di sini, doakan adik2 terus kuat dlm mengisi kemenangan.

    Mas'ulah? masih mencari lorong untuk meloloskan diri di sini, doakan. Syukran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Detik Perkenalan ku dengan Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Entri terakhir ku dalam blog LTC ini ialah pada 2018 yang lalu. Allahu Akbar, lama sungguh tak menulis! Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang detik perkenalan ku dengan makanan tambahan dan vitamin daripada Shaklee. Pertama kali aku melihat tong ESP Shaklee ialah di rumah datukku, jika tak salah sekitar tahun 1990-an. Aku masih kanak-kanak ketika itu dan hanya capture perkataan Shaklee dalam mindaku tanpa mengetahui apa itu Shaklee?  Masa berlalu, aku menginjak dewasa, sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Menginjak usia menghampiri 30-an, aku perasan badan aku dah kurang cergas, cepat letih dan BMI pun tak normal 😪 Satu hari, aku terbaca posting FB seniorku, Kak Ros yang kini merupakan upline ku mengenai vitamin Shaklee. Lalu aku terus menghubungi beliau dan menyatakan masalahku. Aku berhasrat hendak mencuba ESP kerana daripada pembacaan ku, ESP dapat membantu membekalkan tenaga dan me...