Skip to main content

Kampung Halaman

Bismillahi walhamdulillah

Agak janggal 'mengenakan' tajuk entryku kali ini. Mungkin mode 'Kampung Halaman' sedang mendominasi kini. Alhamdulillah aku masih diizinkan Allah menghirup udara di desaku, merasai hembusan angin panas dan menikmati lambaian sawah padi di daerah utara ini. Walaupun dua minggu lalu sudah pulang ke kampung halaman, kali ini menapak kembali atas beberapa urusan yang harus dibereskan.

Mencari ilham. Mencari kekuatan. Ya Allah, kurniakan hamba-Mu kekuatan.

Melihat wajah Abah, Mak dan adik-adik membuatkan aku gembira dan tenang. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga pendamai jiwa, pententeram hati. Acapkali terfikir bagaimana jika aku sudah berkeluarga sendiri nanti? Pastinya usrah sakinah, mahabbah wa rahmah yang diidamkan, insya-Allah.

Terlalu panjang angan. Realiti di hadapan masih jauh harus ditempuh. Tangga Master tidak sampai sepertiga didaki. Cita-cita dan impian harus dibumikan! Usah berangan jika tidak ada tanggungjawaban!

Alhamdulillah, aku sebetulnya bahagia sekali dengan selamatnya tiba sahabat baik, Sabrina di bumi Australia pagi tadi. Menyambung pengajian juga membawa amanah umat di sana. Aku yakin Sabrina akan berjaya, insya-Allah. Beliau yang ku kenali seawal zaman sekolah merupakan sahabatku yang baik dan cemerlang di dalam pelajaran. Semoga najah menjadi milik beliau, amin..

Esok malam bakal meninggalkan kampung halaman. Masih panjang perjalanan perjuangan ini. Sangat bahagia menjadi sang MUSAFIR, mengingatkanku bahawa hidup ini bagai R&R. Hanya sebuah hentian sementara, disinggah seketika. Inginku mengisi lembaran kehidupan ini buat mencari hikmah dan 'ibrah tinggalan sang pejuang di setiap pelosok bumi Tuhan. Kala ini sangat teruja dan terbakar dengan semangat 'backpacker' Adinda Hamasyie! Tunggu saya, akan menuruti jejakmu juga!

Syukran Allah..setiap saat yang Engkau hadiahkan amat bermakna di dalam hidupku. Terimalah kepulanganku ke kampung halaman dan daerah abadi dalam Engkau meredhaiku. Amin Ya Rabb!

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...