Bismillahi walhamdulillah Seperti sang camar yang terbang dengan bebas dan gembira di awanan, Seperti sang lebah yang singgah dari bunga ke bunga menghirup manisan, Seperti sang rerama, lemah gemalai berterbangan dengan riang… Itulah perasaanku tika ini. Rasa mahu terbang di awanan. Rasa mahu memegang awan itu. “You are high Fizah!” begitulah kata Wanraimee, rakanku dari Thailand. High atau berkhayal katanya. Aku ketawa. Aku tak berkhayal, sungguh aku mahu terbang walaupun tanpa sayap! Rasa gembiraku tidak terkata. Alhamdulillah, semulia-mulia ucapan ini yang wajib meniti di bibir, suka mahu duka, semua itu merupakan hadiah daripada-Nya. Subhanallah, Alhamdulillah, sebaik-baik syukur adalah dengan menzahirkannya dengan memperbanyak amalan kepada-Nya. Begitulah hebatnya seorang mukmin. Duka, suka, tangis, tawa semuanya bersandar kepada Tuhan Pemilik Segala, iaitu Allah ‘Azzawajalla. Betapa bangga dan bersyukurnya kita bergelar title seorang Mukmin bukan? Alhamdulillah.. ...