Bismillahi walhamdulillah Pagi yang ceria. Pagi yang bahagia. Alhamdulillah wa syukru Lillah atas nikmat Iman, Islam dan Seehah yang dikurniakan-Nya. Selepas saling berbalas ucapan "Selamat Pagi" dengan Zauji, aku memulakan langkah pagi ke Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dengan rasa syukur dan bahagia. Mahu mujahadah hari ini, meninggalkan Umar di parkir Vista, dan aku hanya berjalan kaki sahaja ke fakulti. Subhanallah, sudah lama rasanya tidak menikmati pagi dengan berjalan kaki! Sedangkan zaman Degree dahulu, berjalan kaki adalah satu kewajipan setiap hari. Selain dapat menikmati alam ciptaan Allah pada pagi hari, dapat juga anggota badan ini bersenam dan keluar dari kepompong keselesaan dan kemalasan. Menghirup udara segar sambil menikmati tazkirah dan mutiara-mutiara ilmu di IKIM.fm amat membahagiakan hati ini. Alhamdulillah semoga hari ini dilalui dengan penuh ketenangan dan mendapat redha Allah, insyaAllah. Aku tertarik dengan perbincangan bersama Presid...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."