Bismillahi walhamdulillah Waktu kian berlalu. Minggu merangkak laju. Pelbagai 'hadiah' telah ku terima sejak akhir-akhir ini, hadiah normal buat seorang bakal ibu. 'ala kulli hal, aku bersyukur kepada Allah, sesakit aku tidaklah sampai perlu menyusahkan orang lain dan inilah yang acap kali aku minta daripada Dia. Awal kehamilan sememangnya mengujakan diriku, iyalah kerana inilah impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, alhamdulillah. Dan sememangnya detik-detik kehamilan banyak sekali mengajarku erti sebuah SABAR, POSITIF dan KUAT untuk meneruskan kehamilan ini biiznillah. Betapa hebatnya Yang Maha Pencipta, tidak semudah ABC kehamilan itu dilalui oleh setiap bakal ibu dan para ibu tetapi kehamilan itu disertakan dengan ujian-ujian kecil agar si ibu bisa mempersiapkan dirinya untuk menerima ujian amanah si kecil yang jauh lagi mencabar. Allahu Akbar!! Saban hari, aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa Allah bersamaku. Aku harus kuat dan tidak boleh lemah d...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."