Jaga-jaga Fitnah Siber

Bismillahi walhamdulillah

Nampaknya sudah bersawang benar LTC saya ini. Hmm, impak FB dan kini Instagram pula \0/

Alhamdulillah'ala kulli ni'mah. Our Amani turns 9mo today! Terima kasih ya Allah atas amanah ini. Bantulah kami mencorakkan anakanda kami menjadi hambaMu yang solehah, mendukung syari'atMu.

**Fitnah Siber**

Sejak meletupnya Zaman FB pada awal 2012, saya juga turut tidak ketinggalan menyertai facebookers yang lain. Pada awalnya agak janggal, melihat semua orang bercerita hal peribadi yang sepatutnya hanya disimpan dalam kotak diari masing-masing. Namun, generasi Y dan Z tidak begitu. Ternyata, Zuckerberg telah berjaya meracuni kita semua untuk terus ketagihan ber'alam maya'.

Saya kemudian perasan gejala 'Selfie' pula melanda dan menjadi-jadi pada lewat 2013 jika tak salah saya. Mungkin lebih awal kerana saya juga jenis yang ketinggalan train :p
Ber'selfie' sekarang bukan lagi satu kepelikan tetapi satu kebanggaan? Allahu Allah, semoga Engkau lindungi kami daripada penyakit 'selfie' ini. Ber'selfie' untuk tatapan diri dan keluarga sudah memadai rasanya kan?

Kenapa saya katakan Fitnah Siber? Zaman canggih sekarang sangat cepat berlakunya 'viral'. Semua perkara nak di'viral'kan, macam virus hehe..mula-mula dulu tak faham apa itu viral? Lama-lama faham sendiri (sebab malas nak belek maksud dia), viral=virus. Secepat kilat tersebar! Artis itu ini, buat itu ini, pemimpin parti buat itu ini dan macam-macam perkara boleh diviralkan dengan sangat cepat! Allah..nampak tak dahsyatnya fitnah siber?

Keburukannya sangat banyak. Jadilah permusuhan, umpatan, dan banyak lagi perlakuan dosa yang lain. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang lemah sentiasalah meminta kepada Allah agar tidak terjebak dengan fitnah siber ini.

Bermu'amalahlah berlandaskan syari'at. Berbisnes di alam maya juga perlu bersyari'at. Sebenarnya banyak perkara positif yang saya lihat dan dapat di alam maya, Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan pahala berganda kepada insan-insan yang sentiasa menyebarkan aura positif serta berdakwah di alam maya. Sebagai Muslim, kita harus bijak bertindak walau di mana sahaja kita berada. Nak elak daripada ber'alam maya' mungkin tidak kerana inilah zaman kita. Nak menghalang adik-adik kita yang baru memasuki alam remaja untuk tidak memiliki smart phone, tidak mungkin kerana mereka hidup di zaman siber. Maka, didiklah mereka sesuai dengan zamannya. Sentiasalah memohon petunjuk dan taufiqNya agar kita semua dijauhkan daripada fitnah dunia dan fitnah Dajjal.

Allahu Allah..golongkanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang solehin dan muttaqin. Ampunkan kami yang sering lalai dan sering melakukan maksiat kepadaMu.

Ummu Nafisah
Baiti Jannati

Comments

  1. Subhanallah, hebat sahabat ana ni masih istiqomah berblog! Teruskan nti, jangan berhenti menulis. Moga Allah mudahkan urusan nti nak sambung PHD insyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment