Skip to main content

Ramadhan Bakal Tiba - Berpuasa dengan Set Puasa Shaklee

 Bismillahi walhamdulillah

Assalamualaikum, apa khabar sahabat semua? Bertemu lagi kita dalam entri baru saya. Ingat lagi tak dengan entri saya yang lepas? Alhamdulillah, saya berjaya diterima untuk join Projek Blog Mega Shaklee 2.0😊. Terima kasih yang tak terhingga saya rakamkan kepada Master Norita dan Master Salwa atas peluang yang diberikan ini.

Okay, jom hari ini saya nak berkongsi dengan anda apa persiapan saya dari sudut kesihatan diri dan keluarga menjelang Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Tak sabarnya nak bertemu dengan bulan yang mulia, kan? Pastinya ibu-ibu lah yang sangat sibuk membuat persiapan, terutama jika ada anak-anak yang baru nak belajar berpuasa. Tak ketinggalan jika ibu yang mempunyai anak kecil, pastinya mahu sentiasa cergas bertenaga walaupun berpuasa bukan?


Set Puasa 1-2-3 Shaklee

Teruja saya apabila bulan ini melihat promosi yang Shaklee tawarkan iaitu Set Puasa 1-2-3. Eh, apa tu ya?

Set Puasa 1-2-3 Shaklee ialah set yang membantu kita terutama golongan ibu untuk kekal cergas dan bertenaga walaupun berpuasa. 

Ibu-ibu mulakan sahur dengan mengambil ESP iaitu minuman protein yang sangat lazat dan inshaa Allah mengenyangkan. ESP ini mengandungi non-GMO soya iaitu soya semulajadi yang tidak diubah genetiknya. Ia mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan. Saya suka blend ESP dengan 3 biji kurma. Rasanya sedap sekali! Subhanallah, rasa lemak manis kurma buatkan saya teringat-ingat dan nak minum setiap hari!

Selain itu, ibu-ibu boleh juga campurkan ESP dan Cinch untuk bantu perut kenyang lebih lama. Apa itu Cinch? 


Cinch juga merupakan minuman protein soya yang berkualiti dan didatangkan dalam 3 perisa iaitu Choc, Latte dan Vanilla. Apa yang best dengan Cinch ialah manfaat nya yang banyak kepada tubuh badan kita. Dalam Cinch terdapat leucine yang bantu bina otot, jadi tak adalah isu badan kita menggelebeh bila kurus nanti😀

So, ibu-ibu yang bertekad nak kuruskan badan dengan cara yang sihat, wajib ambil Cinch ni tau. Cinch bantu kita lebih kenyang dan tak craving kepada makanan dan minuman yang manis. Ada banyak resepi sedap yang boleh kita cuba, pastikan ibu-ibu dapatkan Cinch dulu, pm saya untuk tahu resepi lazat Cinch okay😉

Wah, rasa teruja tak nak bersahur dengan ESP + Cinch nanti? Saya pun tak sabar ni nak amalkan kedua-dua item hot Shaklee ni. Setakat pengalaman saya berpuasa dengan ESP + Cinch, memang rasa best sangat! Siang hari kurang mengantuk dan rasa produktif, alhamdulillah syukur sangat! Ibu-ibu pun boleh cuba ya😊

Dan item ketiga dan terakhir ialah Performance Drink, minuman isotonik membantu mengembalikan tenaga dan mengelakkan dehidrasi badan. 


Saya memang suka sangat dengan Performance Drink ni! Sebab bila cuaca panas, then kita bancuh dan minum sejuk-sejuk Performance Drink, Ya Allah rasa legaanya bila lalu dekat tekak kita. Boleh bayangkan tak rasa kelegaan tu?😍

Performance Drink ni didatangkan dalam 2 perisa iaitu Lime dan Orange. Rasa dia macam air 100 plus tapi tiada rasa gas. Masha Allah memang sedap sangat, rasa segar sangat bila minum. Dann ada banyak resepi best tau ibu-ibu boleh cuba! Boleh bancuh awal-awal, bawa bekal semasa bertarawikh nanti😊

Last but not least, apa yang saya kongsikan di sini ialah ikhtiar kita untuk berada dalam keadaan sihat, cergas dan bertenaga sepanjang bulan Ramadhan nanti. Pastinya kita nak rebut pahala yang banyak sekali dalam bulan yang istimewa ni kan? Jadi apa salahnya kita hadiahkan Set Puasa 1-2-3 Shaklee kepada diri dan keluarga kita😊. Murah sangat tau, hanya RM260 sahaja yang kita laburkan dan boleh makan selama sebulan nanti. Kita dah pun jimat sebanyak  RM150 bila dapatkan offer ni😊

Kepada ibu-ibu yang nak dapatkan Set Puasa 1-2-3 Shaklee, jangan segan silu hubungi saya di nombor ini ya. Semoga Ramadhan kita lebih bermakna dengan ikhtiar kita ini. Ibu-ibu boleh juga baca pengalaman berpuasa rakan saya dengan Shaklee di sini.

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekulim
#pengedarshakleekedah

Comments

  1. Betul. Bersahur jadi mudah dan cepat dengan Set Puasa Shaklee. Bertenaga dan tak letih melampau. Kak Ros sekeluarga wajib ambil set ni Ramadan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Kak Ros😊. Tak sabar nak cuba semua menu shake😉

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...