Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

The Power of Vivix

  Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam new entry saya. Apa khabar ibu-ibu yang hebat semua? Dalam kesibukan kita memainkan peranan sebagai isteri dan ibu, jangan lupa untuk sayangi diri kita dahulu okay! Ada antara kita yang lupa nak jaga diri sendiri sehingga ada ibu yang burnt out😒 Keadaan ini terjadi juga kepada diri saya. Menjadi ibu yang berkerjaya menuntut saya untuk menjaga diri dan memastikan energi mencukupi sebab saya ingin berkhidmat yang sebaiknya kepada keluarga kecil saya. Seiring dengan usia yang makin bertambah, saya dapat rasakan tenaga saya makin berkurangan dan saya merasakan saya perlu satu suplemen yang dapat bantu meningkatkan tenaga saya sehari-hari. Apabila berada dalam group leader saya, Kak Ros, beliau sering berkongsi tentang produk dan promosi Shaklee dan pada satu hari saya terbaca tentang Vivix. Saya cuba menggali dan membuat bacaan tentang Vivix ini. Antara testimoni yang saya baca ialah Vivix banyak membantu pesakit kanser...

Testimoni Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Apa khabar sahabat sekalian? Harapnya semua dalam keadaan yang sihat 😊 Entri kali ini saya nak berkongsi tentang kesan positif pengambilan vitamin Shaklee kepada diri saya, dengan izin Allah jua. Dalam entri saya sebelum ini, saya ada menceritakan bila kah saya mula berkenalan dengan Shaklee dan jatuh cinta dengan ESP Shaklee πŸ’› Sejujurnya saya betul-betul mengamalkan vitamin Shaklee pada awal tahun ini, iaitu tahun 2023 sedangkan saya mula kenal produk Shaklee pada tahun 2014. Pada ketika itu saya belum lagi bekerja dan saya berdikit-dikit kumpulkan duit untuk membeli ESP. Testimoni Bersahur dengan ESP dan Cinch Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan saya apabila dalam Ramadhan tahun ini, hampir setiap kali sahur saya dan suami akan minum ESP dan Cinch. Alhamdulillah memang rasa best bila bersahur dengan ESP dan Cinch sebab saya tidak rasa mengantuk dan perut pun tidak rasa berat. Saya sangat enjoy dengan puasa saya, alhamdulillah 😍 Saya ban...

Multivitamin Shaklee

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog budiman😊 Hari ini jom kita berkenalan dengan multivitamin Shaklee atau lebih dikenali dengan Vita-lea Shaklee.  Pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin pertama di A.S. dalam bentuk cecair pada tahun 1915. Namun, pada hari ini, Vita-lea telah diinovasikan dan diformulasikan dalam bentuk kapsul paling cepat larut dalam badan.  Vita-lea dalam botol yang lama Vita-lea berwajah baru Jika kita lihat dan cermati kebaikan dan fungsi Vita-lea ni, antara kebaikannya ialah dapat menaikkan hb darah, pertumbuhan rambut yang sihat dan meningkatkan sistem imun. Vita-lea mengandungi 28 jenis vitamin yang diperlukan dalam badan kita. Kita mungkin tidak mampu makan makanan yang mengandungi semua jenis vitamin sehari, tetapi kita boleh dapatkan semua vitamin itu dalam 1 kapsul Vita-lea!  Antara vitamin yang terkandung dalam vita-lea ialah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin 7, Vitamin C, Asid Folik dan Vitamin B5.  Kenapa kit...

Tips Kekal Positif

  Bismillahi walhamdulillah Masha Allah, tak sangka saya dan sahabat-sahabat hebat dalam group #billionaire sudah menyahut cabaran dalam Task ke-10 hari ini. Tahniah dan syabas semua! Dalam kekalutan aktiviti seharian, saya salute sangat dengan semangat menulis ibu-ibu Billionaire ni😍 Apabila menerima Task 10 ini iaitu "Tips Kekal Positif", saya tahu saya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan tips tetapi saya akan cuba berkongsi serba sedikit pengalaman dalam kehidupan saya. Saya yakin dan percaya bahawa setiap orang ada tips nya untuk kekal positif dan salah satu daripadanya ialah membaca kisah inspirasi daripada orang-orang yang telah berjaya. TIPS #1: BANYAKKAN BERSYUKUR Sewaktu saya awal bekerja dan pekerjaan saya adalah berstatus kontrak, saya sering berfikir dan mencari jalan untuk menambah sumber pendapatan. Pelbagai tips bisnes saya baca dan belajar agar dapat saya praktikkan. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat circle bisnes ...