Skip to main content

The Power of Vivix

 Bismillahi walhamdulillah

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam new entry saya. Apa khabar ibu-ibu yang hebat semua? Dalam kesibukan kita memainkan peranan sebagai isteri dan ibu, jangan lupa untuk sayangi diri kita dahulu okay! Ada antara kita yang lupa nak jaga diri sendiri sehingga ada ibu yang burnt out😢

Keadaan ini terjadi juga kepada diri saya. Menjadi ibu yang berkerjaya menuntut saya untuk menjaga diri dan memastikan energi mencukupi sebab saya ingin berkhidmat yang sebaiknya kepada keluarga kecil saya. Seiring dengan usia yang makin bertambah, saya dapat rasakan tenaga saya makin berkurangan dan saya merasakan saya perlu satu suplemen yang dapat bantu meningkatkan tenaga saya sehari-hari.

Apabila berada dalam group leader saya, Kak Ros, beliau sering berkongsi tentang produk dan promosi Shaklee dan pada satu hari saya terbaca tentang Vivix. Saya cuba menggali dan membuat bacaan tentang Vivix ini. Antara testimoni yang saya baca ialah Vivix banyak membantu pesakit kanser dan pesakit penyakit kronik untuk survive, biiznillah. Bagi kaum ibu yang baru bersalin terutama yang bersalin secara pembedahan, Vivix rupanya membantu memulihkan luka pembedahan dengan cepat. Masha Allah, mesti power bahan-bahan dalam Vivix ni, detik hati saya.

Apa yang menyebabkan Vivix power?


4 bahan utama yang terkandung dalam Vivix iaitu Muscadine grape, Polygonum cuspidatum, Purple carrot dan Eldeberi Eropah. 4 bahan ini sangat kaya dengan polifenol dan resveratrol. 
Apa itu polifenol?
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Wah, teruja bila tahu tentang kehebatan polifenol ni kan?

Apa yang menarik tentang Vivix ialah ianya telah dipatenkan dan milik eksklusif Shaklee! Jadi kita takkan dapat jumpa brand lain yang keluarkan Vivix 😉

Antara keistimewaan Vivix Shaklee ialah:

  • Memperbaiki DNA. Setiap hari tubuh badan kita mengalami kemerosotan DNA dan pendedahan kepada radikal bebas menyebabkan proses penuaan terjadi dengan cepat. Oleh itu, pengambilan Vivix dapat membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh dan melambatkan proses penuaan.
  • Memperbaiki tenaga sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh kerana pada setiap hari sel tubuh terdedah kepada penuaan. Pengambilan Vivix dapat membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu menguatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Apabila umur makin tua, badan kita dah rasa sakit sana-sini dan tidak terkecuali ingatan pun makin pudar. Mengamalkan Vivix secara konsisten akan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Best kan bila dapat tahu kelebihan Vivix ni?

Sebagai isteri dan ibu yang hebat, jom hadiahkan kepada diri kita sebotol Vivix yang kaya dengan polifenol ni, moga-moga sentiasa cergas bertenaga pakej awet muda sekali😍

Dan bila tengok Promosi Jun, rupa-rupanya Shaklee masukkan Vivix sebagai salah satu item yang dapat pengurangan harga bila ibu-ibu dapatkan secara duo atau trio! Bayaran juga boleh dibuat secara ansuran, menarik kan? Dapat juga tiket cabutan bertuah mengikut syarat dan terma tertakluk pada syarikat.

Ibu-ibu dapat sesuatu?
Kerana diri kita amat berharga, jom jadikan Vivix sebagai teman baik kita setiap hari!

Daripada ibu kepada ibu,
Hafizah
Shaklee Kedah

#billionaire
#shakleeblogtriumph
#shakleeblogthrive 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...