Bismillahi walhamdulillah Allahumma solli'ala Muhammad, Wa'ala aali Muhammad. Segala puja dan puji hanya bagi Allah, Tuhan pemilik alam jagat raya, Maha Berkehendak atas segala sesuatu. Masha Allah, tidak berapa jam lagi akan bertambah lagi usiaku, 3 dekad lebih dan bakal menghampiri 4 dekad. Bermuhasabah, selama ini adakah aku telah menjadi insan yang bermanfaat? Dengan izin Allah, sehari sebelum Hari Raya Korban yang lalu aku direzekikan mendaftar kelas yang amat bermakna dalam hidupku iaitu Prof Muhaya Circle (PMC) Batch 8. Bukannya aku baru tahu tentang kelas ini walhal suami ku sendiri merupakan alumni PMC Batch 2. Masha Allah, ilmu bonda Prof memang tinggi, maka aku harus bijak membahagikan masa untuk mendengar, memahami dan mencatat mutiara-mutiara ilmu bonda agar ianya dapat diamalkan dalam hidupku. Dalam PMC, kami sentiasa disajikan dengan kelas-kelas ulangkaji oleh barisan fasilitator hebat yang sentiasa menghulurkan tangan dan gembira memberi dengan penuh cinta. Um...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."