Skip to main content

Petua Hilangkan Jeragat

Bismillahi walhamdulillah 

Entri kali ini jom kita sembang tentang topik hangat bagi kaum hawa iaitu "jeragat".

Apakah itu jeragat?

Jeragat ialah bonggol kuning atau kehitaman yang tersumbat pada kulit. Jeragat juga terjadi disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kalenjar sebum. Bahan ini di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kalenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. (sumber: wikipedia)

Semasa usia remaja, saya tidak mengendahkan sangat dengan penjagaan wajah dan kulit pula tidak bermasalah.

Namun, pada usia yang semakin beranjak ke 40 tahun, mudahnya jeragat ni menyinggah 😂


Gambar: Sumber Internet


Jom kita tengok apa petua untuk hilangkan jeragat?

1) Menjaga kebersihan kulit wajah

Jagalah kulit wajah kita dengan membasuh muka sebanyak dua kali sehari. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit dan elakkan pencuci muka yang akan mengeringkan kulit kerana jeragat akan mudah terbentuk apabila kulit kita kering. 

Dalam Shaklee ada pencuci wajah yang sesuai dengan semua jenis kulit dan yang pastinya ia selamat sebab Shaklee sentiasa memastikan bahan-bahan yang digunakan dalam produk adalah dari sumber semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya.

2) Aloe vera

Tumbuhan ciptaan Tuhan yang sangat unik dan banyak sangat manfaatnya kepada kulit kita 😃

Antara kebaikan aloe vera ialah mencerahkan wajah, melindungi dari sinar matahari, menghilangkan jeragat dan mengatasi kulit kering dan berminyak.

Nak amalkannya pun mudah sangat! Caranya ialah dengan mencampurkan aloe vera dan madu. Kemudian sapu sahaja pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air suam.

3) Lemon

Sebut saja lemon, terbayang air teh o lemon ais yang diminum semasa hari yang panas. Masha Allah sedap dan nikmatnya kan?

Rupa-rupanya lemon pun menjadi petua untuk hilangkan jeragat! Macam mana tu?

Caranya ialah potong lemon (jangan terlalu nipis). Gosokkan pada kulit muka (akan rasa pedih kalau ada luka) dan biarkan selama 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga jika dicampur dengan madu asli.

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat. Amazing sangat kan? Jom wajib kita cuba ya😊

Sekian dulu coretan tentang petua menghilangkan jeragat. Seronoknya bila tahu bahan-bahan di rumah pun boleh bantu hilangkan jeragat kan? Semoga kaum wanita di luar sana dapat mengamalkan petua ini dan menjaga kulit muka kita dengan baik. Wajah yang bersih pasti akan membuatkan sesiapa sahaja suka memandang terutama suami dan anak-anak kita😉

#ShakleeKedah
#ProjekBlogMegaShaklee
#YouthShaklee
#BeYoung
#KulitSihat
#BebasJeragat

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...