Skip to main content

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah

Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu.

Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal.


Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka.

Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebih baik daripada saya. Benarlah kata sifu Matematik Tambahan saya, Cikgu Wan Suhaimi bahawa apabila rakan sendiri yang mengajar, mereka lebih mudah faham. Lenggok bahasa yang sama antara mereka membuatkan mereka lebih enjoy belajar. Alhamdulillah, seronok saya melihat kesungguhan mereka belajar hari ini 😊

Mohon semua sahabat mendoakan anak didik saya dan semua calon SPM 2023 agar diberi kefahaman yang baik, ingatan yang kuat dan menjawab soalan dengan lancar. Aamiin Ya Mujib.

#sifargagal
#cemerlangmatetamb
#mtsddihati
#huffazhebat

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Merungkai 'Illuminati' & 'Neo-Muktazilah' di KIPSAS- Siri 1

Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti Simposium Pemikiran Islam di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Kuantan, Pahang pada 10 Feb yang lepas. Menjadi wakil tunggal UIA, saya ke sana dengan Umar saya =) Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan-Nya, syukran Allah! Dua buah kertas kerja telah dibentangkan kelmarin. Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh En Ainuddin Kamaruddin dan Kertas Kerja 2 pula dibentangkan oleh Puan Siti Nora' Aeshah Zakaria. Insya-Allah saya akan cuba ringkaskan pengisian daripada kedua-dua kertas kerja ini. Kertas Kerja 1: Cabaran Pemikiran Islam Era Globalisasi (Illuminati: Satu Tinjauan Awal) Oleh: Ainuddin bin Kamaruddin Pensyarah Jabatan Dakwah & Pengurusan KIPSAS Pengenalan Pemikiran Islam berdepan dengan pelbagai gelombang cabaran yang amat getir dari pelbagai sudut. Islam diserang dalam keadaan nyata dan tersembunyi, zahir dan batin, kasar dan halus serta fizikal dan mental secara bertubi-tubi. Pemikiran umat Islam ...