Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

'Asyura & Karbala

Pada hari ini telah berlakunya satu peristiwa yang menyayat hati dan meruntun duka hati seluruh umat Islam. Pada hari ini cucunda kesayangan Rasul SAW tercinta, Saidina Hussein R.A. beserta sahabat-sahabat yang bersama baginda telah dibantai dengan kejam sekali oleh tentera-tentera Khalifah Yazid bin Muawiyah. Allah Maha Mengetahui setiap yang berlaku. Dan sesungguhnya peristiwa bersejarah ini telah melakarkan pengajaran yang cukup besar buat kita semua. Kebenaran dan kebatilan telah tersingkap. Begitulah kita sekarang, khususan sebagai rakyat Malaysia, yang mendiami bumi aman ini. Satu persatu Allah membongkarkan segala penipuan dan kebatilan yang cuba disembunyikan selama ini. Tidak mustahil Karbala kedua akan berlaku jika manusia masih lagi degil dan ingkar dengan perintah-Nya, na'uzubillah! Saya membawakan halaman-halaman di bawah sebagai sumber tambahan bacaan kalian mengenai Karbala & 'Asyura. Selamat membaca dan selamat berpuasa! ~ Kelebihan Berpuasa pada hari 'A...

Mabruk'alaika ya Umar (^_^)

Banner Tag Another 'buah tangan' Umar =) Tahniah! My warmest appreciation goes to you! Siiru'ala barkatILLAH!

Maknakan Hidupmu Dengan Memberi

Bismillahi walhamdulillah.. Countless syukur kepada Rabb Jalil, Maha Pemberi Nyawa, Maha Pemberi Iman, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pemberi buat segala. Dan pada saat ini aku masih lagi diberi nafas untuk menghirup oksigen-Nya, masih diberi nikmat melihat, mendengar dan merasa. Terima kasih Tuhan, terima kasih.. Telah berlalu 4 hari dalam Muharram. Bulan yang penuh makna dan sangat bererti buat umat Islam. Terlalu banyak peristiwa agung yang kita wajib insafi dan hayati sirahnya agar diri ini terus thabat atas jalan nur dan kebenaran ini, insya-Allah. Acap kali ku dengar dalam kalangan kita yang berkata, " Apa azam tahun barumu? " " Mesti pada tahun baru ini kita hendak menjadikannya lebih baik dari semalam, kan? " dan pelbagai lagi soalan mahu pun harapan dipasakkan pada tahun baru ini. Aku pula ingin memaknakan tahun 1431 Hijrah ini dengan MEMBERI, insya-Allah! Apa yang dapat ku beri? Wang? Kereta? Rumah? Sudah tentu tidak, jikalau aku orang yang kaya raya, bis...

Tribute to Umar!

Design terbaru Umar! Percaya tak? Anyway, tribute to Umar! Pasni, blhlah tolong design lagi untuk program2 UIA, kan? Tahniah and keep it up! Regards, Committee members of CAMPRO =)

Semester Akhir

Bismillahi walhamdulillah.. Lama sungguh tak mengupdate Leading The Change ni. Maaf ya, awal minggu semester akhirku dipenuhi dengan ulang-alik ke CTS dan jumpa Kak Maria, gara-gara nak add subject FYP ku. Welcome back to IIUM Kuantan Campus, Hafizah! Subhanallah, dah semester akhir rupanya aku di Taman Ilmu dan Budi ini. Banyak manakah ilmu-ilmu yang sudah ditimba dan diamalkan? Adakah aku menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu? Bermuhasabah seketika.. Terlalu banyak peristiwa penting yang terjadi sepanjang minggu lepas. Sudah tentu peristiwa-peristiwa tersebut menginsafkanku dan memberiku pelajaran hidup yang sangat berharga. Thank You Allah! Baru sahaja aku mendapat tahu the cute baby boy, 'Ukasyah, anak kepada Mawaddah dan Hafiz (student UIA) telah dijemput Ilahi petang tadi. Aku mendapat tahu 'Ukasyah tersedak semasa minum susu di nursery. Allahu Rabbi..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah terus memberi ketenangan dan kekuatan kepada keluarga Maw...

Aku Ingin Mencintai-Mu Setulusnya

Album : Muhasabah cinta Munsyid : Edcoustic Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU reff:aku ingin mencintaiMU setulusnya,sebenar-benar aku cinta dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku aku ingin mendekatiMU selamanya sehina apapun diriku ku berharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi...

Mari Nikmati 'Ketupat Cinta'

Pertama kali terpandang hidangan terbaru Faisal Tehrani ini, membuatkan saya teruja untuk menjamu selera dan merasai keenakannya. Tidak berpeluang ke Book Fair yang diadakan Ogos lalu membuatkan saya mengidam Ketupat Cinta ini. Apabila saya menziarahi bilik sahabat dan adik baik saya, terpandanglah saya hidangan ini lalu tiada lengah, saya terus meminjamnya. Terima kasih Annisa the Second kerana mengizinkan saya menjamu selera sepanjang cuti penggal ini =) Ingin sekali saya mengajak anda turut menjamu selera hidangan Faisal Tehrani kali ini. Bagi saya, air tangan beliau kali ini lain dari yang biasa. Anda pasti akan mengkagumi keindahan masakan Melayu kita yang diceriterakan dengan falsafahnya sekali. Turut mewarnai hidangan beliau adalah setting yang melatari iaitu period zaman Kesultanan Melayu Melaka. Amat indah sekali gaya bahasa yang digunakan di samping terselit juga unsur humor dan sinis yang tidak keterlaluan. Sudah tentu saya tertarik dengan hero Ketupat Cinta ini iai...