Skip to main content

Maknakan Hidupmu Dengan Memberi


Bismillahi walhamdulillah..

Countless syukur kepada Rabb Jalil, Maha Pemberi Nyawa, Maha Pemberi Iman, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pemberi buat segala. Dan pada saat ini aku masih lagi diberi nafas untuk menghirup oksigen-Nya, masih diberi nikmat melihat, mendengar dan merasa. Terima kasih Tuhan, terima kasih..

Telah berlalu 4 hari dalam Muharram. Bulan yang penuh makna dan sangat bererti buat umat Islam. Terlalu banyak peristiwa agung yang kita wajib insafi dan hayati sirahnya agar diri ini terus thabat atas jalan nur dan kebenaran ini, insya-Allah.


Acap kali ku dengar dalam kalangan kita yang berkata, "Apa azam tahun barumu?" "Mesti pada tahun baru ini kita hendak menjadikannya lebih baik dari semalam, kan?" dan pelbagai lagi soalan mahu pun harapan dipasakkan pada tahun baru ini.


Aku pula ingin memaknakan tahun 1431 Hijrah ini dengan MEMBERI, insya-Allah! Apa yang dapat ku beri? Wang? Kereta? Rumah? Sudah tentu tidak, jikalau aku orang yang kaya raya, bisa juga aku memberi semua itu, kan? Akan tetapi apa sahaja yang termampu daripada diriku yang serba lemah ini dapat ku berikan kepada insan-insan yang ku sayangi di sekelilingku, insya-Allah akan ku berikan =)

Mungkin dengan sekalung doa
Mungkin dengan sekuntum senyuman

Mungkin dengan sebaris kata-kata

Mungkin...


Dan mungkin dengan sedikit masa yang dapat ku luangkan bersama mereka untuk mendengar dan menyelami cita-cita, harapan, impian dan azam mereka untuk Islam!


Untuk apa aku memberi? Kerana Memberi akan lebih banyak menerima! Dr 'Aidh Al-Qarni ada mengatakan di dalam bukunya
La Tahzan, "Orang yang pertama mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya." Tidak sama kepuasan orang yang menerima dengan orang yang memberi. What you give, you get back!

Dari itu sahabat-sahabatku, marilah kita meniru sifat
al-Wahhab Allah. Allah al-Wahhab, memberi sebelum diminta. Dia memberi tanpa mengharapkan balasan. Allah malah memberi berulang-ulang kali dan berterusan. Allah juga memberi segala sesuatu yang sangat berharga. Subhanallah! Betapa besar dan agungnya Tuhan kita. Betapa kasih sayang-Nya tiada sempadan kepada kita, hamba-Nya.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain."

Saya mahu
memberi dan anda juga mahu memberi!
Mungkin dengan mendengar luahan hati sahabat, anda sebenarnya telah MEMBERI!

Fastabiqul khairat!

Regards,
Khaulah Azwar

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...