Skip to main content

Bercampur Baur

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Rasa sungguh diri ini dipenuhi dosa kepada-Mu wahai Allah..

Akhir-akhir ini emosiku sedikit sensitif, mungkin 'penyakit' perempuan kot yang sering beremosi.. Sekali lagi istighfarlah wahai diri..

Minggu lalu, aku bermusafir bersama sahabat-sahabat ke Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah dalam tak sedar, 10 buah rupanya yang kami telah ziarahi! 7 buah Kelantanese dan 3 buah Terengganuian..(err, betul ke ian kat belakangnya?) Alfun syukran diucapkan kepada tuan rumah dan famili atas layanan first class dan makanan yang best2, Alhamdulillah..ini yang membuatkan kami nak datang lagi rumah antum, blh? =)

Di rumah Kak Fatihah

Sepanjang musafir dan jaulah kami, pelbagai peristiwa suka duka yang terjadi, moga2 ianya menjadi medan muhasabah kepada kami. Tidak ketinggalan buat diriku dan Umar, huhu..Umar telah ditimpa musibah di Terengganu..bumper Umar telah 'dicium' oleh Persona! Kaget juga aku pada mulanya, ialah, tak pernah lagi Umar accident. Alhamdulillah tuan Persona jujur dan ikhlas mengaku kesalahannya. Dia membayar ganti rugi Umar, about RM 800 jugaklah penangan untuk merawat kecederaan Umar..sekarang ni Umar tengah menerima rawatan, doakanlah Umar ye..

Kami juga menerima tarbiah daripada Allah mengenai kematian. Dalam perjalanan pulang ke UIA, sebelum tiba di Dungun, berlakunya accident yang dahsyat antara Pajero dan Honda City! Honda City tak sempat masuk line selepas memotong lalu crash dengan Pajero pada arah yang bertentangan. Allahu Rabbi! Pemandu Honda City meninggal on the spot. Tahniah buat sahabat2ku yang telah menjadi 'gold samaritan' dalam memberikan bantuan; CPR dsb. Semoga Allah membalas jasa kalian. Walaupun aku tahu mereka agak 'down' dan kecewa kerana mangsa meninggal dunia walaupun CPR telah dilakukan, tetapi ketahuilah mungkin sudah tiba ajal beliau pada waktu itu. Kita yang masih hidup wajib mengambil pengajaran dan iktibar atas kematian yang berlaku di hadapan kita. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un..

Kini aku kembali di UIA, menghabiskan sisa-sisa semester akhirku dengan tugasan FYP yang semakin mencabar. Doakan diri ini ye sahabat-sahabat. Perasaan ini sebenarnya bercampur baur dengan bermacam-macam rasa, Allah..aku memohon ketenangan daripada-Mu..mungkin diriku ini diselubungi dosa hinggakan pelbagai rasa yang tidak enak menjengah akhir-akhir ini.


Hanya keampunan dan keredhaan Allah yang ku harapkan..

Insan berdosa,
Khaulah Azwar


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...