Skip to main content

24-years-old Ms Hafizah ^_*~

Imbasan semasa zaman kanak-kanakku, sering sahaja tidak sabar menanti Hari Lahir! Ya, siapa yang tidak seronok, semasa Hari Lahirlah, kita akan menerima ucapan, hadiah dan kadang-kadang pelbagai kejutan yang menjadikan ia kenangan yang manis untuk dikenang. Begitulah selalunya, 8 Julai sentiasa diraikan dengan kesyukuran dan kegembiraan.

Dan tidak berapa jam lagi, 8 Julai akan tiba. Hari yang istimewa buat ayahanda dan bondaku tika menyambutku sebagai cahaya mata dan puteri sulung mereka, alhamdulillah..dan aku, tiada ucapan yang dapat dinyatakan melainkan puji-pujian hanya untuk Tuhan yang aku cintai, yang telah mengurniakan nikmat Iman dan Islam dan masih memberikanku kesempatan untuk menghambakan diri kepada-Nya.

Terasa mahu menangis apabila usia yang dipinjamkan ini masih tidak ku gunakan dengan sebaiknya sedangkan setiap detik umur inilah yang bakal dipersoalkan kelak. Amal ibadat masih kurang mutunya, gerak kerja Islami juga masih ketinggalan 'speed'nya. Bagaimana kamu mahu menjawab di hadapan-Nya nanti?

Makin menginjak usia, maka bertambah juga tanggungjawab dan amanah. Ya, dan taklifan itu juga terbeban atas pundakku ini. Kini, bergelar part-time full-time lecturer bukanlah satu tugasan yang mudah dan senang bagiku. Baru terasa erti perit-jerih, pahit-maung sebagai seorang pendidik ini. Anak-anak muridku adalah amanahku kini. Aku wajib membantu mereka untuk mengecapi najah fiddarain, insya-Allah..

Setiap saat, setiap helaan nafas, kita memerlukan bantuan Tuhan. Hendak berdiri pun kadang-kadang payah, rasa mahu tersungkur sahaja. Tetapi mujurlah Allah ada, Dia sentiasa memberikan kita kekuatan untuk bangkit tika semangat dan harapan mulai suram dan malap. Dia yang tidak pernah jemu memberikan kasih sayang melebihi kita menyayangi diri kita sendiri. Allahu Akbar!

Doaku dan mohon doa daripada sahabatku semuanya, semoga usia 24 tahun ini dapat ku lalui dengan syukur, sabar dan tabah dalam melunasi semua amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Juga ingin sekali aku menjadi hamba-Nya yang solehah, anak yang solehah, kakak yang solehah, Ms Hafizah yang solehah (^_^) dan seorang sahabat yang solehah buat semua sahabat dan rakan yang berdamping denganku..amin ya Allah!

~Hidup bukan untuk diri sendiri, tetapi hidup ini telah kita waqafkan untuk jalan perjuangan yang panjang dan semata-mata untuk mencari redha-Nya~

Comments

  1. sanah helwah ya ukht! semoga panjang umur murah rezeki =) May Allah bless!

    ReplyDelete
  2. Dah makin tua kita semua ya. Free2 datanglah ziarah adik2 beri tunjuk ajar ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...