Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Lapuknya Isu Semasa Saya

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah usai menduduki kertas ketiga peperiksaan akhir bagi semester pertama pengajian Master saya. Masih punya satu lagi kertas pada 5 Mei nanti, semoga persembahan yang mantap dapat diberikan buat 'Issues in Economics Analysis', insya-Allah. Sungguh malu saya kepada Allah, Tuhan Pemilik Segala kerana sehingga ke hari ini, Dia sentiasa mengurniakan kemudahan ke atas setiap kerja buat saya. Moga-moga saya dan anda sentiasa menjadi hamba-Nya yang paling bersyukur. Sedar tidak sedar, saya akan menamatkan semester pertama saya tidak lama lagi. Alhamdulillah sungguh tidak diduga akan perjalanan kehidupan yang diaturkan Allah kepada saya. Lalu nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan? Sebetulnya dalam hati saya yang paling dalam, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sedih dan kesal akan apa yang berlaku dalam negara kita sekarang. Saya akui betapa lapuknya isu semasa saya sekarang, terkadang update dan terkadang tidak. Namun kelapukan isu ...

Mestica^Mimpi Yg Indah

Ya Allah, Damaikanlah..

Bismillahi walhamdulillah Sewaktu entri ini ditulis, hati dan fikiran baru sahaja recover daripada perasaan tensi dan tekanan pre-final-exam. Alhamdulillah, syukran Allah yang meneutralkan kembali hati dan jiwa ini. Sebaik-baik penawar tentunya zikrullah dan banyakkan mengingati Allah. Lewat beberapa hari ini, aku amat senang dan gembira mendengar khabaran walimatul'urus daripada sahabat-sahabatku samada yang sebaya mahu pun lebih muda daripadaku. Alhamdulillah semoga urusan Baitul Muslim kalian dipermudahkan dan diredhai Allah selama-lamanya. Buat para bakal isteri, jadilah kalian wanita solehah , sebaik-baik perhiasan dunia. Gampang sahaja menyebut, aku ingin menjadi wanita yang solehah, tetapi praktikalitinya, masya-Allah hanya Allah yang tahu. Semoga kalian diberikan kekuatan untuk menjadi sebaik-baik isteri yang diredhai para suami. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram...

What's Your Problem?

Bismillahi walhamdulillah Sesungguhnya sebagai hamba Allah, tentunya kita tidak pantas untuk melawan takdir, bukan? Qadha' dan Qadar adalah ketentuan Allah, namun di sana sebagai manusia, USAHA adalah amat dituntut dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Pagi ini, tergerak hati untuk menonton MHI, sambil rakan-rakan serumah bersiap-siap ke tempat kerja. Almaklum, diriku masih menikmati dan memakai gelar 'sang pelajar', masaku amat fleksibel, Alhamdulillah. Antara slot menarik yang membulatkan mataku dan menajamkan telinga untuk mendengar adalah slot Motivasi Pagi. Tetamu istimewa hari ini adalah seorang pelajar dan penulis berbangsa India yang amat luar biasa optimisnya! Subhanallah, walaupun adik ini tidak normal seperti para remaja yang lain, namun tiada langsung raut sedih atau putus asa yang tampak di wajahnya. Itulah adik K.Aveena Devi yang mengalami masalah tulang belakang sehingga tidak membolehkan beliau berjalan, hanya berada di atas kerusi roda sahaja. "What...

Langkah Da'ie

Bismillahi walhamdulillah Maksudnya: "Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, "Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu." Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta." [9:42] Inilah ayat azimat yang sering diucapkan dan di'highlight'kan di dalam usrahku di UIA dahulu. Maha Benar firman Allah. Jika kita menelusuri ayat ini, akan kita temukan bahawasanya 'jalan ini' (baca: perjuangan dan dakwah menegakkan kalimatULLAH) adalah jalan yang sangat jauh, payah dan banyak sekali cabarannya. Period zaman Nabi-nabi kita telah merakamkan kebenaran ayat Allah ini. Berapa ramai yang benar-benar berjuang, turun ke medan juang berbanding ramainya yang hanya tahu bercakap dan beraza...

Perkongsian; Hala Tuju Selepas Graduasi

Bismillahi walhamdulillah Salam Saiyyidil Ayyam, penghulu segala hari. Semoga Jumm’ah kita adalah barakah dan sepanjang masa dipenuhi dengan hasanah sahaja, insya-Allah. “Exam is around the corner” , “sudah memasuki fatrah imtihan” , dan pelbagai frasa lagi yang boleh dicipta menunjukkan situasi di semua IPTA di Malaysia ini sedang ‘berperang’. Dalam pengetahuan saya, ketika post ini ditulis, adik-adik UIAM saya sedang berjuang dengan peperiksaan akhir mereka. Bittaufiq wan najah! Bagi warga UM pula, kami sedang menghitung hari untuk melangkah ke medan perang. Sama-sama mendoakan kami juga ya.. Saya kira hampir setahun saya meninggalkan dunia suka duka saya, dunia UIAM yang saya cintai. 16 April 2010 adalah hari terakhir saya di bumi bertuah itu. Selepas itu kehidupan saya sentiasa di dalam dilema. Mengapa? Mahu memilih antara dua; menyambung pengajian (Sarjana) atau memasuki dunia pekerjaan. Orang sumber dimanfaatkan; tribute untuk senior dan qudwah saya, Kak Dayah dan Kak Masyfu...