Skip to main content

Perkongsian; Hala Tuju Selepas Graduasi

Bismillahi walhamdulillah

Salam Saiyyidil Ayyam, penghulu segala hari. Semoga Jumm’ah kita adalah barakah dan sepanjang masa dipenuhi dengan hasanah sahaja, insya-Allah.

“Exam is around the corner”, “sudah memasuki fatrah imtihan”, dan pelbagai frasa lagi yang boleh dicipta menunjukkan situasi di semua IPTA di Malaysia ini sedang ‘berperang’. Dalam pengetahuan saya, ketika post ini ditulis, adik-adik UIAM saya sedang berjuang dengan peperiksaan akhir mereka. Bittaufiq wan najah! Bagi warga UM pula, kami sedang menghitung hari untuk melangkah ke medan perang. Sama-sama mendoakan kami juga ya..

Saya kira hampir setahun saya meninggalkan dunia suka duka saya, dunia UIAM yang saya cintai. 16 April 2010 adalah hari terakhir saya di bumi bertuah itu. Selepas itu kehidupan saya sentiasa di dalam dilema. Mengapa? Mahu memilih antara dua; menyambung pengajian (Sarjana) atau memasuki dunia pekerjaan. Orang sumber dimanfaatkan; tribute untuk senior dan qudwah saya, Kak Dayah dan Kak Masyfu’ah yang banyak berkongsi jalan-jalan yang bakal ditempuh selepas ‘bersara’ dari alam undergraduate student. Juga insan-insan penting dalam hidup saya, tidak lain tidak bukan adalah Abah dan Mak saya.

Sarjana

Saya selalu bertanyakan diri sendiri, untuk apa mahu menyambung sarjana? Adakah disebabkan ramai rakan dan senior yang mengambilnya, jadi saya juga turut mahu mengikut ‘trend’ ini? Berfikir lagi. Alhamdulillah akhirnya saya mengambil keputusan nekad untuk menyambung pengajian saya ke peringkat Sarjana ini atas sebab mahu meleburkan diri dalam dunia pensyarah, satu kerjaya yang tidak pernah saya impikan langsung sebelum ini. Allah mentakdirkan ini adalah jalan saya dan saya mula jatuh hati dalam dunia pensyarah ini, Alhamdulillah. Semoga Allah terus-terusan memudahkan jalan saya untuk bergelar seorang pensyarah tidak lama lagi.

Apakah requirement atau syarat yang diperlukan untuk melayakkan anda menyambung pengajian di peringkat Sarjana?

ü CGPA sekurang-kurangnya 2.75. Ini adalah berdasarkan pemerhatian saya semasa saya membuat sedikit survey di beberapa IPTA di Malaysia

ü Perkara utama yang diperlukan adalah Degree Certificate (DC) anda! Saya mempunyai rakan yang berniat mahu menyambung Sarjana pada kemasukan Julai tahun lepas. Memandangkan kami masih belum convo, maka kami masih tidak memiliki scroll atau DC. Maka permohonan rakan saya itu ditolak atas alasan tiada DC. Jadi jika anda mahu melanjutkan pengajian, penting sekali untuk anda terlebih dahulu memiliki scroll ye. Akan tetapi kes ini berkecuali jika anda mahu melanjutkan pengajian di universiti yang sama dengan Degree anda. DC tidak menjadi satu sebab kuat asalkan anda dapat memberikan Academic Transcript anda.

ü Syarat-syarat lain adalah seperti yang tertakluk mengikut IPTA yang anda pilih. 2 syarat di atas sengaja saya highlightkan kerana kadang-kadang ramai antara kita yang terlepas pandang.

Perkara utama yang ingin dinasihatkan buat adik-adik sekalian adalah adik-adik harus kuat semangat, beriltizam dan penuh yakin dalam membuat keputusan untuk menyambung pengajian ini. Jangan disebabkan hanya terikut-ikut dengan rakan-rakan, akan tetapi kita tiada kekuatan untuk mengambilnya. Jika adik-adik berniat untuk menceburkan diri dalam dunia pensyarah, maka tidak dapat tidak, adik-adik harus memiliki Master Certificate.

Kerjaya

Dunia kerjaya. Inilah dunia yang tidak pernah mengenal erti belas kasihan dan kasih sayang. Tetapi jangan salah sangka ya, saya menyatakan ini kerana jika kita tidak bersedia untuk memasuki dunia ini, maka inilah antara cabaran-cabaran yang akan kita hadapi. Ramai rakan saya yang tidak sabar mahu bekerja, mahu memegang duit sendiri dan mahu membeli apa sahaja dengan duit sendiri. Seronok bukan?

Jika adik-adik membuat keputusan mahu bekerja, silakan. Sedikit nasihat, pilihlah kerjaya yang halal terutamanya dan kerjaya itu tidak mengganggu waktu solat kita terutamanya. Dalam dunia yang semakin mencabar ini, sudah tentu kita katakan tidak boleh terlalu memilih sebab susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai sekali saingan di luar sana, jadi bijaklah dalam meletakkan diri adik-adik di tempat yang kita mampu melaksanakan amanah dengan sebaiknya dan elakkan daripada suka merungut. Tips yang paling mudah, ikut sahaja rentak majikan adik-adik selagi mana ianya tidak melanggar syara’. Jangan terlalu mempersoalkan itu ini kerana kita ini masih mentah dan banyak lagi perkara yang perlu kita belajar. Jadilah seperti padi, merendah diri dan tahu dari mana asal usul kita. Banyakkan bertanya kerana rakan-rakan sekerja kita tidak mempunyai masa untuk menerangkan satu-persatu tugasan dengan terperinci. Insya-Allah jika hablumminannas dapat kita jaga, Allah pasti akan memudahkan setiap urusan kita.

Maaf atas salah silap dan perkongsian yang tidak seberapa kerana saya juga masih belajar. Kita berjumpa di ANGKASA KEJAYAAN!

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Detik Perkenalan ku dengan Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Entri terakhir ku dalam blog LTC ini ialah pada 2018 yang lalu. Allahu Akbar, lama sungguh tak menulis! Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang detik perkenalan ku dengan makanan tambahan dan vitamin daripada Shaklee. Pertama kali aku melihat tong ESP Shaklee ialah di rumah datukku, jika tak salah sekitar tahun 1990-an. Aku masih kanak-kanak ketika itu dan hanya capture perkataan Shaklee dalam mindaku tanpa mengetahui apa itu Shaklee?  Masa berlalu, aku menginjak dewasa, sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Menginjak usia menghampiri 30-an, aku perasan badan aku dah kurang cergas, cepat letih dan BMI pun tak normal 😪 Satu hari, aku terbaca posting FB seniorku, Kak Ros yang kini merupakan upline ku mengenai vitamin Shaklee. Lalu aku terus menghubungi beliau dan menyatakan masalahku. Aku berhasrat hendak mencuba ESP kerana daripada pembacaan ku, ESP dapat membantu membekalkan tenaga dan me...