Skip to main content

Permata Yang Pergi

Bismillahi walhamdulillah

Julai sudah merangkak ke hari 20. Ada pelbagai rasa yang menguliti Julai tahun ini. Rasa lara BERSIH 709 masih belum padam, rakyat sekali lagi akur dengan takdir Ilahi. Perginya permata hati kami, penyeri perjuangan suci ini; Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Saya sebagai insan biasa-biasa ini tidak pernah bersua langsung dengan ikon mujahidah ini tetapi kisah perjuangan beliau sering meniti di bibir kami. Terpana saya apabila membaca bait-bait ini di dalam blog Dr Mohd Asri :
Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang. Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
Itu antara muqaddimah kepada apresiasi beliau buat Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) yang sudah dijemput pulang bertemu Sang Pencipta, Allah Al-Khaliq pada tanggal 15 Sya'ban 1432H bersamaan 17 Julai 2011 lalu. Rakan pembaca budiman boleh melayari laman sesawang harakahdaily.net atau blog Allahyarhamah sendiri untuk membaca bingkisan kisah perjuangan beliau.

Allahyarhamah Dr Lo' Lo' di mata saya adalah seorang srikandi, mujahidah abad ini yang sangat berani dan istiqomah dalam perjuangan menegakkan kalimah Laailaha iLLALLAH Muhammad ar-Rasulullah. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, pasti mereka juga akan mengatakan hal yang sama. Perginya permata kami ke alam istirehat sebelum tibanya hari kebangkitan kelak. Sungguh, kehilangan beliau amat dirasai terutama kepada keluarga, sahabat-sahabat terdekat, rakyat Titiwangsa juga kepada para pendokong PAS khususnya.

Menangis saya tatkala membarisi ayat demi ayat tintaan insan-insan terdekat dengan beliau. Sehingga saya merasakan amat kerdil dan jauh sekali saya jika mahu dibandingkan dengan beliau. Peran beliau sebagai seorang doktor perubatan tidak pernah menghalang taklifan sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa ini untuk culas dengan amanahnya, subhanallah! Dan perkara yang amat mengharukan saya sehingga membuatkan saya tertunduk adalah betapa kasih dan cintanya beliau kepada perjuangan dan rakyat Titiwangsa walaupun beliau berada dalam keadaan uzur dan lemah atas asbab sakit kanser yang dialami.

Subhanallah! Tabarokallah! Jika sehebat inilah perjuangan beliau, tiada apa yang kami minta Ya Allah, melainkan Engkau masukkanlah beliau di dalam Jannah-Mu bersama orang-orang yang soleh. Engkau Maha Menyaksikan Ya Rabb, insan ini telah berkorban diri, harta dan jiwanya untuk agama-Mu semata-mata kerana-Mu. Sungguhpun aku tidak pernah punya ruang masa untuk bertemu dengan beliau semasa hidupnya, tetapi aku yakin bahawa beliau telah menunaikan amanah-Mu yang rata-rata ditolak oleh manusia apatah lagi seorang wanita dengan baik sekali. Allahu Allah..ampunkan segala dosa beliau, rahmati dan kasihi beliau di alam sana. Begitu kepingin sekali kami menuruti beliau dengan seni mati terindah, mati di dalam perjuangan menegakkan kalimah-Mu, mati di dalam husnul khatimah..terimalah doa kami.
Amin Ya Rabbal 'alamin..

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...