Skip to main content

Sakinah


Bismillahi walhamdulillah

“La Tahzan!” Ungkapan keramat sehingga dibukukan dan menjadi best seller ini terlalu azimat buat insan yang benar-benar menghayatinya. Nyata, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dengan sentuhannya yang berhikmah bisa memujuk hati yang lara, membelai jiwa yang gundah dan menyelimuti dada yang resah, Tabarokallah!

Seputar diri ini mengenang kembali dosa-dosa silam, apakah sudah baik benar bergelar hamba-Nya? Sudah tentu jawapannya TIDAK! Susah benar mahu menjadi hamba-Nya yang solehah, hamba-Nya yang menyerahkan segala jiwa dan raga dengan segenap dan sebulat tawakkal hingga dia merasakan tiada tempat untuknya bergantung harap melainkan kepada Rabbnya semata. Susah benar!

Terkadang jiwanya dirasa amat kosong, sedangkan lidahnya sudah berkumat-kamit menuturkan zikrullah..Allahu Allah..apakah benar hatinya sedang bertawajjuh atau hatinya itu lalai? Na’uzubillah!

Lalu hamba yang kerdil, hina-dina ini meminta dengan amat sangat, di dalam sujud dan doanya yang penuh pengharapan agar dicampakkan sakinah (ketenangan) dan khusyu’ di dalam hatinya yang tidak tenteram akhiran ini.

Benarlah nasihat seorang sahabat yang dihormati, “usah mencari tenang di dalam kehidupan tetapi carilah ketenangan di dalam solat”. Allah Al-‘Azhim! Usah jua engkau mencari pujian makhluk kerana dikhuatiri engkau akan binasa dengannya, na’uzubillah!

Lewat Januari, masa dirasakan berlari dengan kencangnya. Fatrah beralih fasa status jua makin mendekat. Allahu Rabbi..lalu kepada-Mu jua aku meminta. Dalam keadaan apa sekali pun, Engkau pimpinlah aku Ya Rabb, Engkau pandulah aku Ya Rabb, Engkau kuatkanlah aku Ya Rabb..kerana untuk menjadi hamba-Mu yang istimewa amat susah benar. Akan tetapi kedudukan istimewa itulah yang aku idam-idamkan.

Doa digandakan, mudah-mudahan dengan peralihan status ini menjadikan kami hamba-Mu yang semakin aqrab dan intim dengan-Mu, menjadikan kami ansorullah yang tidak lalai dengan kemelut dan ujian dunia yang semakin menggoda nafsu kami. Ya Rabbi, jadikanlah pernikahan kami sebagai wasilah untuk kami berjalan menggapai redha-Mu dan mencetak mujahid-mujahidah ummah dengan niat untuk menegakkan dan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Allahu a’lam.

Catatan dinihari,
Tanah kedewasaan,
Juliana.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Detik Perkenalan ku dengan Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Entri terakhir ku dalam blog LTC ini ialah pada 2018 yang lalu. Allahu Akbar, lama sungguh tak menulis! Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang detik perkenalan ku dengan makanan tambahan dan vitamin daripada Shaklee. Pertama kali aku melihat tong ESP Shaklee ialah di rumah datukku, jika tak salah sekitar tahun 1990-an. Aku masih kanak-kanak ketika itu dan hanya capture perkataan Shaklee dalam mindaku tanpa mengetahui apa itu Shaklee?  Masa berlalu, aku menginjak dewasa, sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Menginjak usia menghampiri 30-an, aku perasan badan aku dah kurang cergas, cepat letih dan BMI pun tak normal πŸ˜ͺ Satu hari, aku terbaca posting FB seniorku, Kak Ros yang kini merupakan upline ku mengenai vitamin Shaklee. Lalu aku terus menghubungi beliau dan menyatakan masalahku. Aku berhasrat hendak mencuba ESP kerana daripada pembacaan ku, ESP dapat membantu membekalkan tenaga dan me...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...