Bismillahi walhamdulillah Hamdalah atas nikmat Iman, Islam, Seehah dan bergelar zaujah selama 1 tahun 1 bulan. Baitul Muslim kami masih lagi bertatih. Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan koreksi diri. Apa khabar Research Paper saya? Sudah masuk semester kedua perjalanan RP saya. Ujian yang silih berganti mengingatkan saya bahawa ilmu Allah terlalu mahal, hanya mampu diraih oleh mereka yang ikhlas dan sabar. Subhanallah! Tabarokallah! Kesabaran harus digandakan. Bak pesan sahabat, "sabar di atas sabar". Subhanallah, indah sekali bait-bait ini. Kadang kala kerenah birokrasi amat menguji iman tetapi cepat-cepat berpesan kepada diri bahawa anda tidak berseorangan mengharung kerenah ini, mereka yang lain juga (baca: researcher) turut berhadapan dengannya. Apa lah sangat ujian yang kecil ini untuk saya..Ramai lagi insan di luar sana yang jauh lebih hebat ujian mereka. Allah menguji seseorang sesuai dengan kadar imannya. Nah hitunglah sekadar mana imanmu? All...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."