Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Ramadhan di bumi Permatang Pasir

4 Ramadhan 1430H Ramadhan Kareem! Bulan Ramadhan yang di awalnya adalah RAHMAT di tengahnya adalah KEAMPUNAN dan di akhirnya adalah PELEPASAN DARI SEKSAAN API NERAKA Jumaat lalu, aku menerima panggilan jihad untuk turun ke Dun Permatang Pasir, Bukit Mertajam. Selesai membaca mesej tersebut, hati kecilku terus terdetik untuk turun. Tambahan, hujung minggu baru-baru ini aku tiada kelas dan komitmen lain yang menuntutku untuk stay di kampus. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk turun dan 'merasai' pengalaman di PRK ke-5 ini setelah tidak merasai pengalaman dalam 4 PRK yang lain. Bersama sahabat seperjuangan, Izzatie dan dua orang sahabat dari Nisa' Wilayah, kami bermusafir ke negeri Pulau Mutiara. Tunggangan kami, Viva 1.0 cc yang dipandu oleh Kak Ann memudahkan perjalanan kami ke sana, Alhamdulillah biiznillah.. Ramadhan tahun ini, adalah Ramadhan yang berbeza bagiku. Ramadhan tahun ini aku lalui sebagai seorang musafir dengan sahurku pada pagi 1 Ramadhan di R&R Buki...

Dakwah Nafas Panjang

Bismillahi walhamdulillah.. Agak lama saya tidak mengupdate blog ni. Pelbagai peristiwa yang berlaku akhir2 ini samada isu global mahu pun nasional. H1N1 masih belum sepenuhnya reda, jika kita masih tidak mengambil iktibar atas 'bala' Allah ini, tanya dan diagnose balik iman kita. Terbaru adalah mengenai biadapnya akhbar dan media rasmi kerajaan yang menuduh Mursyidul Am kita menghukum ahli UMNO dengan memberi kenyataan 'Ahli UMNO tidak masuk syurga'. Tuan Guru menafikan sekerasnya fitnah ini di laman web rasmi harakahdaily. Boleh lihat di sini. Siapakah sebenarnya yang menghukum? Kita atau mereka? Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana saya yakin lebih ramai cerdik pandai yang lebih arif untuk berbicara tentang ini. Cuma sebagai seorang Muslim, saya berasa amat kesal atas peristiwa yang berlaku ini. Apabila ulama' tidak dihormati..apabila ulama' diperlekehkan..apabila ulama' tidak diambil sebagai contoh ikutan.. " Al Ulama' Warasatul Anbi...

Apabila bumi itu kegersangan tarbiyah..

Peluang aku berada di rumah baru2 ini ku gunakan semaksima mungkin untuk aku bertanyakan khabar adik2ku yang baru mengenali dunia kampus. Dedek, adikku yang keempat kini belajar di sebuah IPTA di Perlis manakala To’ki di IPTS di Selangor. To'kie & Dedek =) “Ada tak senior ajak ang masuk usrah?” aku memulakan perbualan, bertanyakan kedua-duanya. “Tak dak g, tapi aku ada kenal sorang kakak ni, baguihla Ayong dia. Hari tu dia mai jual Al-Quran kat bilik aku. Aku da amik phone number dia.” Dedek bercerita. “Ha, baguihla! Ang tanyala kakak tu, ada usrah tak kat sini? Tanya dia nak join, boleh?” aku menyuntik semangat kepada adikku untuk mencari usrah di sana. “Insya-Allah, aku memang nak tanya pun.” Dedek menjawab. Alhamdulillah, walaupun adikku yang sorang ni tak bersekolah agama, tetapi ku lihat semangatnya untuk berdakwah dan mengislah diri dan rakan2nya sangat tinggi. Mungkin boleh aku katakan, aku kalah kepada Dedek. Mad’unya adalah mereka yang berpakaian jean...

Ramadhan, kami merinduimu..

Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk mengikuti halaqah ilmu sempena persediaan ihya' Ramadhan 1430H di Dewan Sekolah Islam Al-Irsyad, anjuran Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) , sebuah badan NGO. Antara penceramah hebat yang dijemput ialah: 1) Al-Fadhil Ustaz Ahamd Tirmizi B. Taha Pensyarah UDM BA (Hons) Tafaqquh Fid-Din, KUSZA BA (Hons) Syariah. Universiti Al-Azhar, Mesir MA (Hons) Syariah, Universiti Terbuka Amerika, Mesir 2) Al-Fadhil Ustaz Zuridan B. Mohd Daud Pensyarah UMP BA Dirasat Islamiah Universiti Hassan 2, Morocco MA Syariah, Universiti Al-Albayt, Jordan Sedikit perkongsian daripada Ust Zuridan untuk kita amalkan dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tidak beberapa hari lagi.. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! JADUAL RINGKAS INDIVIDU DI BULAN RAMADHAN Subuh: Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud) Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air Solat Subuh di masjid atau surau Membaca Al-Quran atau men...

Bercuti

Khamis, 06/08/09; "Fizah, KOS dah tutup hari ni, memang confirm sebab Dr Samsun sendiri yang bagitau," coursemateku Alia begitu ceria menyampaikan perkhabaran 'cuti' kerana H1N1 kepadaku. "Ye ke? Em, Alia nak balik?" aku bertanya. Pelbagai perasaan bermain dalam hatiku, takde pulak rasa gembira sangat, atau rasa sedih sebab KOS dah closed. "Mestila nak," Alia dengan semangatnya nak pulang ke kampung. Begitu juga dengan rakan-rakanku yang lain. Semuanya excited sebab dapat cuti seminggu! Ramai yang bertanyakan aku, tak balik ke? Aku menjawab akan balik insya-Allah tetapi bukanlah hari ini, hari Sabtu mungkin. Maka ramailah yang meminta bantuanku untuk menghantar mereka ke terminal. Alhamdulillah, Allah memberikan sedikit kekuatan bersama temanku Umar untuk membantu rakan-rakanku ini. Tak rugi jika niat kita ikhlas untuk membantu sahabat, insya-Allah moga-moga Allah meredhai..Amin.. Aku acap kali berfikir, nak balik ke taknak..Kerja memang banyak, sa...

ISA; Antara Hidup & Mati

Alhamdulillah, hari ini 15 Sya'ban , juga dipanggil nisfu Sya'ban. Sya'ban bererti berserak-serak yang juga menterjemahkan dituntutnya kita untuk berserak-serak melakukan banyak amal kebaikan di dalamnya. Fastabiqul Khairat! Entri kali ini adalah merupakan kisah pengalamanku di dalam lautan ribuan rakyat Malaysia yang turun berdemo pada 1 Ogos lalu. Sebelum itu, tribute untuk buraq kami, Umar yang membawa kami ke tanah Kuala Lumpur. Aku menganggap demonstrasi kali ini adalah yang paling ganas dan kejam antara demonstrasi yang aku telah sertai. Seawal 8, 9 pagi, pak-cik2 berbaju biru telah dan giatnya mengadakan sekatan dan membawa trak2 untuk mengangkut demonstran-demonstran. Tidak terkecuali aku melihat mahasiswa, pemimpin-pemimpin PAS, isteri dan ahli keluarga tahanan ISA dan pak-cik2 yang ditangkap oleh mereka. Membaca pengalaman-pengalaman sedih dan tragis sahabat2ku daripada blog dan emel, aku menyimpulkan masing-masing pasti akan menyimpan rapi pengalaman mereka ini ...