Skip to main content

Apabila bumi itu kegersangan tarbiyah..

Peluang aku berada di rumah baru2 ini ku gunakan semaksima mungkin untuk aku bertanyakan khabar adik2ku yang baru mengenali dunia kampus. Dedek, adikku yang keempat kini belajar di sebuah IPTA di Perlis manakala To’ki di IPTS di Selangor.


To'kie & Dedek =)

“Ada tak senior ajak ang masuk usrah?” aku memulakan perbualan, bertanyakan kedua-duanya.

“Tak dak g, tapi aku ada kenal sorang kakak ni, baguihla Ayong dia. Hari tu dia mai jual Al-Quran kat bilik aku. Aku da amik phone number dia.” Dedek bercerita.

“Ha, baguihla! Ang tanyala kakak tu, ada usrah tak kat sini? Tanya dia nak join, boleh?” aku menyuntik semangat kepada adikku untuk mencari usrah di sana.

“Insya-Allah, aku memang nak tanya pun.” Dedek menjawab.

Alhamdulillah, walaupun adikku yang sorang ni tak bersekolah agama, tetapi ku lihat semangatnya untuk berdakwah dan mengislah diri dan rakan2nya sangat tinggi. Mungkin boleh aku katakan, aku kalah kepada Dedek. Mad’unya adalah mereka yang berpakaian jeans dan t-shirt yang ketat. Mad’unya yang kadangkala solat, kadang tidak. Mad’unya juga adalah mereka yang tidak bertudung!

Dedek ada mengadu kepadaku, “Ayong, ang tau, aku kadang2 rasa macam mati kutu kat sana. Dahlah, library dan fakulti semua kat Kangar, aku tak leh nak p mana2 after class. Satu lagi yang paling aku sedih, surau sangat tak hidup! Bila aku nak p smayang ja, takdak jemaah pun. Sedihla..”

Masya-Allah! Begitu rupanya kesedihan yang melanda adikku. Dia sangat mengimpikan adanya sahabat yang sama2 mahu membawa Islam dan berdakwah kepada rakan-rakan mereka. Aku tahu perasaannya. Malah, mahu sahaja aku tukarkan dia belajar di tempatku, di bumi yang masih subur tarbiyahnya, Alhamdulillah!

Aku cuba menyuntik semangatnya, “Takpa Dedek, mesti ada hikmah yang sangat besar kenapa Allah letakkan ang kat situ. Aku tau, ang mesti nak belajaq kat tempat yang environmentnya ada suasana Islam, kan? Tapi cuba ang tengok balik, kalau kat tempat ang takdak lagi orang yang hidupkan Islam, ang yang kena mulakan. You have to create that environment! Besar pahalanya untuk ang sebab ang menjadi perintis, ang yang memulakan kerja2 Islam kat sana.”

Aku lihat dia mengangguk. Aku tahu amat besar tanggungjawab yang dipikulnya. Dia baru sahaja memulakan langkahnya di alam kampus berbanding denganku yang sudah pun berada di tahun akhir ini.

Alhamdulillah, dalam masa yang sama, aku sangat2 bersyukur kepada Allah kerana Allah menempatkanku di bumi UIA ini. Bumi ini masih subur dengan tarbiyah, bumi ini masih subur dengan bi’ah solehah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..Dan tanggungjawabku untuk memastikan tarbiyah Islamiyyah terus hidup subur di bumi ini!

Tetapi bagaimana dengan bumi2 yang lain? Harus menunggu siapa untuk menyuburkan bumi itu? Siapa yang nak membantu adikku di sana? Aku yakin dan sangat yakin kepada Allah, walau bagaimana besarnya kerosakan dan maksiat yang melanda sesebuah tempat, akan adanya segolongan manusia yang akan menghapuskan kerosakan itu dan mengembalikan Islam di tempat itu. Dan aku berdoa semoga Dedek adalah sebahagian daripada golongan itu. Amin..

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.”

[3: 110]


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...