Skip to main content

Dakwah Nafas Panjang

Bismillahi walhamdulillah..

Agak lama saya tidak mengupdate blog ni. Pelbagai peristiwa yang berlaku akhir2 ini samada isu global mahu pun nasional. H1N1 masih belum sepenuhnya reda, jika kita masih tidak mengambil iktibar atas 'bala' Allah ini, tanya dan diagnose balik iman kita.

Terbaru adalah mengenai biadapnya akhbar dan media rasmi kerajaan yang menuduh Mursyidul Am kita menghukum ahli UMNO dengan memberi kenyataan 'Ahli UMNO tidak masuk syurga'. Tuan Guru menafikan sekerasnya fitnah ini di laman web rasmi harakahdaily. Boleh lihat di sini.

Siapakah sebenarnya yang menghukum? Kita atau mereka?

Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana saya yakin lebih ramai cerdik pandai yang lebih arif untuk berbicara tentang ini. Cuma sebagai seorang Muslim, saya berasa amat kesal atas peristiwa yang berlaku ini. Apabila ulama' tidak dihormati..apabila ulama' diperlekehkan..apabila ulama' tidak diambil sebagai contoh ikutan..

" Al Ulama' Warasatul Anbiya' "
(Ulama' adalah pewaris Nabi)
Tidak cukupkan 'teguran keras' Allah kepada kita? Bukan H1N1 ini yang baru Allah tegur, malah sudah banyak teguran yang Allah beri kepada kita, umat manusia. SARS, Tsunami, dan pelbagai wabak dan peristiwa yang berlaku akhir2 ini adalah jelas untuk memberi peringatan kepada kita, hamba-Nya. Justeru jika ulama' yang faqih dengan ilmunya serta mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah (insya-Allah) tidak kita hormati dan kasihi, siapakah lagi yang dapat kita jadikan contoh ikutan dalam zaman millenium yang mencabar ini?
Manusia oh manusia..
Kenapakah engkau sungguh angkuh?
Kenapakah engkau sungguh keras hati?
Kenapakah engkau sungguh degil?
Tidakkah engkau tahu bahawa kita ini tiada apa2 di dunia ini melainkan atas rahmat dan ihsan Allah, kita hidup di dunia ini? Kerana kita adalah HAMBA dan dengan status hamba ini, kita sebenarnya TIADA PILIHAN!
Firman Allah yang bermaksud:
"Adakah kamu mengaku kamu telah beriman sedangkan kamu tidak diuji?"
Justeru, apakah KEWAJIPAN kita? Apakah TANGGUNGJAWAB kita sebagai HAMBA?
Iaitulah membawa I S L A M ke seluruh alam
kerana
kewajipan DAKWAH itu adalah bukannya hanya hari ini, atau hanya setakat esok, lusa atau sebulan tetapi
hakikat dakwah ini adalah..
DAKWAH NAFAS PANJANG..
hingga sampai masanya kita menghadap Tuan kita, inilah dagangan yang akan kita persembahkan kepada-Nya..
p/s: Tribute utk Akh Nurudin kerana memberi cetusan idea kepada saya, dakwah nafas panjang saya =)

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...